sejenak bersama aku
2/1/2010 9:06 PM
Assalammualaikum dan selamat beristirehat kepada semua.
Waktu menunjukkan jam 9 malam. Aku masih berada di luar rumah. Untuk seketika aku rasa selesa berada di luar rumah. Jangan di Tanya kenapa. Sukar untuk aku memberikan penjelasan di tempat yang mungkin menjadi tatapan umum.
Aku sekarang berada di sebuah restoran Arab. Of course restoran sahabatku, Restoran Saba di Cyberjaya. Waktu aku sampai sini jam 8 malam, tempat ini masih lenggang. Tidak ramai sangat pelanggan. Aku sampai tukar tempat duduk sebanyak 3 kali la untuk mendapatkan signal internetdan juga plug.
Tapi sayangnye…internet tah ke mana, plug aje yang aku jumpa. So, untuk pengetahuan korang, aku tengah menaip draft untuk entry kali ini. apabila korang membacanya,bererti aku telah publish ke dalam blog aku.
Aku sekarang berada di sudut restoran ini.(dalam restoran – bajet dapat ekon la) aku mula kedengaran suara-suara orang yang memenuhi ruang makan ini. Di hadapan aku terdapat 2 couple yang sedang berborak-borak riang. Pada pengamatan aku,mereka ni mungkin selalu makan makanan Arab. Sebab si gelpren cakap, “Haa…dah lama betul tak makan makanan Arab, nak makan dah tak biasa pulak.” Sambil mata menjeling ke arah aku. Motif? Huhuhu…aku pun tak berminat nak tahu.
Di tengah-tengah ruang makan, ada family yang agak ramai. Pemerhatian aku menganggarkan ader 3 keluarga bersama anak cucu yang ramai. 2-3 orang kanak-kanak memakai baju belang yang sama pesen. Aku rasa mungkin dorang ni adik beradik. 2 pasangan memakai baju warna yang sama, aku bajet dorang ni suami isteri. Dua pasangan yang sebaya mak ayah aku…aku bajet itu juga pasangan dan ibu bapa kepada baju hijau tadi. Dan dua lagi pasangan yang duduk bersebelahan tapi tak pula pakai baju sama kaler or pattern. Aku tetap bajet dorang ni suami isteri.
Mungkin ader sesuatu yang mereka raikan. Dapat gaji aku rasa. Maklumlah harini dah 1hb. Ape lagi yang boleh diraikan…
Lain-lain pelanggan jauh sangat daripada penglihatanaku. Kecuali ader lagi 3 orang yang aku yakin, orang Arab sendiri sedang berborak secara serius di luar restoran ini. Tah apela yang mereka bualkan. Sebab kedatangan dorang sama dengan aku.
Yang sebenarnya aku ni tengah menunggu kawan aku ni uruskan gaji pekerja-pekerjanya. Dari tadi tak siap-siap. Penyudahnya aku dan adik iparnya, Ita terlekat kat sini bersama dia yang sedang busy tu,
Dan sekarang, aku lihat pelanggan pun beransur pulang. Dengan serta merta ruang makan yang penuh dengan pelbagai orang dan ragam menjadi kosong. Aku pasti kat luar pasti ada lebih ramai orang. Mungkin dorang lebih selesa berada di luar sambil menghirup udara malam. Bagi yang berkeluarga mungkin mereka fikir lebih selesa di dalam restoran untuk menjamu selera.
Melihat kanak-kanak yang berlari ke sana sini menginginkan aku untuk kembali ke zaman itu. Ceria,gembira dan tiada masalah yang harus difikirkan. Walaupun mereka juga ada sakit dan sedihnya, tapi pasti ia bukan sesuatu yang penting untuk diingati.
Berbeza keadaannya apabila kita di alam dewasa. Setiap sakit, sedih dan hiba itu kita akan ingat. Dan mungkin ia terlalu sukar untuk dilupakan. Ah,malam ini terasa hati penuh dengan emosi, penuh dengan kenangan yang datang bersilih ganti.
Korang mesti tertanya-tanya kerana apa kan? Cukuplah sekadar aku katakan, aku seorang perempuan yang berjiwa halus dan sensetif. Kadang-kadang melihat kesakitan dan kesedihan orang lain juga mampu membuatkan aku turut menyertai mereka menangis. Apetah lagi jika sakit dan sedih itu pada diri aku sendiri…
Satu hari ini aku tidak berapa bagus untuk bicara tentang apa-apa. Dari pagi tadi apa yang aku rasa dalam hati aku ialah kosong! Oh,maaflah sahabat semua. Kalau dapat aku kongsikan, sudah ku lakukan sekarang…aku Cuma rasa tidak berdaya kerana hanya seorang sahaja yang mengerti apa yang ada dalam jiwa aku. Terima kasih dari aku.
Aku dengar kata Nani, “tarik napaspanjang-panjang, dan selawat banyak kali” terima kasih dik, walau kau tak tahu apa yang berlaku, akak tetap rasa kau membantu akak.
Cukuplah coretan jiwang yangtak berapa nak karat ni. Kalau aku taip lebih lagi, pasti akanjadi satu novel bersiri. Selamat buat semua pembaca aku..terima kasih kerana sudi membacanya sehinggake akhir kata. Takpe jika anda tidak meninggalkan jejak..setidak-tidaknya aku tahu masih ada yang ingin mengetahui tentang aku.
Sekilas : berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Tags: Emosi berganda, Restoran Saba, sahabat







