• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for January, 2010

Al-Fatihah buat Dr. Anuar Nor Arai

Jan21
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

dan takziah aku ucapkan kepada ahli keluarganya yang terdekat. Semalam aku menghubungi sahabat bernama Azizan. Dalam borak-borak ebrtanya khabar, tiba-tiba dia tanya…

“Kau tahu Dr. Anuar dah meninggal?”

Aku blur kejap. dalam otak aku pikir, takkan Dr. Anuar RAi. “Dr. Anuar mane? Anuar Rai ke?”

“Yela..Dr. Anuar mana lagi.”

Sambil membetulkan rambut di kepala, aku memberhentikan jari-jemari ku dan bertanya lagi, “Siyes?”

“Siyes la. tadi kat Fb budak-budak ni updet status. aku pun tahu kat situ la.”

Sambung Jeejan lagi, “Aku plak boleh main-main bila uda updet status time Dr. sakit jantung ada kat spital”

“Ko cakap ape?” aku membayangkan senda gurauan Jeejan. “Aku cakap..suh la dia hisap rokok suria sekotak lagi”

Pergh…tau-tau keesokan harinya dia meninggal dunia. Semoga dia sempat memaapkan semua salah silap student-student dia seperti kami ini. Tapi Dr. Anuar memang gemar hisap rokok suria. itu fakta okey.

apa-apa pun aku simpati dan rasa terkejut dengar khbar itu. Pengkaji dan pensyarah filem terkenal, Dr Anuar Nor Arai, meninggal dunia akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Selangor. Beliau yang berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Zaharah Ibrahim serta dua anak perempuan dan menantunya kira-kira jam 5.20 petang.

Jenazahnya dibawa ke kediamannya di Seksyen 19,dan dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Seksyen 21, hari ini.

aku pernah tulils entry pasal dia sebab nak pi jumpa dia kat ASWARA untuk intebiu pasal aku nye thesis. sememangnya dia ada memberikan sumbangan kepada pembelajaran aku. bukan sedikit tapi banyak. dia ajar aku subjek Eksperimental dan bagi group kitorang markah yang sangat baik.

Al Fatihah buar arwah dan takziah kepada ahli keluarganya. Karya, kritikan dan hasil seni beliau akan dikenang.

sekilas : teringat time shooting Maxim Gorky…maafkan daku!

Posted in info - Tagged Dr. Anuar Nor Arai, pensyarah ASWARA

Gua simpati dengan semua pesakit kanser…

Jan20
2010
4 Comments Written by Sekilas

dan kalau leh dengan semua penyakit penyakit di dunia ini lah. Kadang-kadang, Tuhan sengaja memberikan kita sakit untuk melihat kita berusaha melawan sakit itu dalam meneruskan kehidupan. Ada orang…yang aku kategorikan sebagai orang TABAH mampu gelak ketawa bersuka ria melupakan kesakitan yang ada dalm dirinya untuk kelihatan sihat di depan orang lain.

Betapa tabahnya insan-insan ini yang berlagak biasa walaupun apa yang dirasainya itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Aku sememangnya begitu simpati kepada mereka. Penyakit kanser sesuatu yang amat binasa jika kita tidak mengetahuinya wujud di dalam diri kita.

Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor (“bengkak” dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumor malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.

Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.

Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.

Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.

Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

Mendiagnosis barah

Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.

Tanda dan simptom (kesan)

Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:

  • Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.
  • ‘Simptom metastasis (merebak): nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
  • Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.

Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.

Sumber : Wikipedia

korang juga boleh menjadi sukarelawan atau memberikan sumbangan kepada persatuan kanser yang ada. ni maybe salah satu yang aku tahu…

  • Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia
  • Tiba-tiba plak aku citer pasal kanser kan. sebab aku tahu dan sedar bahaya kanser ini. Mencegah lebih baik dari mengubati. Kanser tidak mengenal usia, jantina, agama ataupun bangsa. Jika ditakdirkan kita haru menempuh penyakit itu di dalam kehidupan kita. Maka janganlah kita sesal. ada hikmah disebaliknya.

    Aku tahu aku tak rasainya. tapi aku tetap simpati kepada mereka-mereka ini.

    sekilas : ekceli nak citer pasal Michael C.Hall yang kena kanser. huhuhu…gua tetap simpati beb!

    Posted in info, masyarakat - Tagged kanser, Michael C.Hall

    Suka Dexter?

    Jan19
    2010
    2 Comments Written by Sekilas

    or in english…do you like Dexter…love Dexter?? muahahaha….

    aku tak boleh berhenti dari memikirkan Dexter sejak akhir-akhir ini. lagi pulak bila aku dapat tahu bini dia mati dalam bathub…

    poor Dexter! baru lepas bunuh trinity tapi Trinity dah bunuh bini dia dulu. aku tak bajet pun akhirnya Rita akan mati.

    well, dari season 1 sampai season 4 aku tengok citeni. aku JARANG…atau pun sebenarnya aku tak pernah tengok dia marah. melainkan ketika dia nak bunuh orang atau bila ada orang kacau bini dia. korang nak tengok dia marah?? hehehe…

    “MIGUEEELLLLLLL!!!”

    “Nine holes tomorrow?”

    so…ini adalah scene yang tiba-tiba ada watak dia mengamuk gila bila dia pikir si Miguel ni gunakan dia selama dorang berkawan. ini ada dalam season 3 tak silap aku. episod ape aku tak ingat.

    tapi yang tak boleh blah tu…itu cuma fantasi dia. ceh! aku baru ingat dia betul2 marah. terkejut beruk aku.

    i wish he did it..huhuhu…

    nak tahu pasal ape citer ni? pi tengok sendiri la…muahahaha.

    sekilas : giler!

    Posted in movie - Tagged Dexter, Michael C.Hall

    Jangan Lupakan

    Jan19
    2010
    Leave a Comment Written by Sekilas


     

    ku berjalan terus tanpa henti
    dan dia pun kini telah pergi
    ku berdoa di tengah
    indahnya dunia
    ku berdoa untuk dia yang kurindukan

    memohon untuk tetap tinggal
    dan jangan engkau pergi lagi
    berselimut di tengah dingin dunia
    berselimut dengan dia yang kurindukan

    would it be nice to hold you ..
    would it be nice to take you home..
    would it be nice to kiss you..

    memohon untuk tetap tinggal
    dan jangan engkau pergi lagi
    bernyanyilah na na na na na
    bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

    would it be nice to hold you ..
    would it be nice to take you home ..
    would it be nice to kiss you..

    jangan pernah lupakan aku
    jangan hilangkan diriku
    jangan pernah lupakan aku
    jangan hilangkan diriku
    jangan pernah lupakan aku
    jangan pergi dari aku

     

    Posted in cinta, lagu - Tagged Jangan lupakan, lirik lau, Nidji

    ni semua berpunca daripada Parcel E

    Jan18
    2010
    Leave a Comment Written by Sekilas

    Aku terasa nak menyumpah dan menendang-nendang je kusi-kusi yang ada kat dalam bas pagi tadi.

    Korang tak boleh la salahkan aku sebab tido lewat semalan kerana melayan DEXTER. pukul 2 pagi takdelah lewat sangat pada burung-burung hantu di luar sana. sekarang kan aku sedang hangat bercinta dengan Dexter. My Cinta pun tido awal.  Jadi apalah salahnya aku meluangkan masa lebih dengan Dexter Morgan.

    Oleh itu, aku tak sedar bangun pagi tadi. Nasib la kakak aku cuba membuka pintu bilik. Aku sendiri tak prasan bila aku kunci pintu bilik? mungkin ketika aku tukar baju kot malam tadi. yela selalu sangat aku diterjah sewaktu sedang memakai tuala mandi. mungkin sebab itu aku kunci kot. lepas tu, aku terasa sangat mengantuk dan keletihan dibahagian betis dan tapak kaki.

    semalam berjalan dengan kasut tinggi ke hulur hilir dan melayan kanak-kanak ribena lagi. mau tak kepenatan sendi-sendi tulang aku ni. tido pun sakit-sakit badan dibuatnya.

    bila aku sampai di tempat biasa menunggu bas. aku rasa nak tido je kat situ. lagi pula berangin je duk tepi jalan tu dengan kereta lalu lalang macam nak pergi berlumba depan aku tu. Bila bas sampai, aku takdelah mempunyai harapan tinggi mendapat temapt duduk. tapi aku tetap bersyukur sebab orang tak ramai dalam bas. So aku berdiri dengan selesa tanpa perlu berhimpit dengan mat-mat Nepal or Bangla or kakak-kakak kerajaan dalam tu.

    kalau ikutkan 730 pagi bas tu dah sampai area Putrajaya. Tapi kt flyover nak masuk kanan menuju ke Alamanda tu…kereta bersesak…..Dekat situ jer 3 kali lampu merah berhenti. sambung ke depan lagi. dan lagi dan lagi. Aku tahu ni semua Parcel E punya pasal. terlalu banyak orang-orang kerajaan ni yang membawa kereta ke pejabat.

    Ko tunggula Parcel E…Banyak sangat kerete yer!!

    Aku akan suh Dexter musnahkan ko!! muahahaha…

    lenkali pergila keje nek bas cam aku ni ha. takdelah jalan jem teruk macam ni pagi-pagi…setiap pagi dan petang la senang cakap. Dorang tahu tak aku penat? sakit kaki. sepatutnya aku dah sampai tau kat depan Parcel D tu. tapi korang-korang yang banyak sangat duit bawa kete ni..telah menyebabkan aku menambah masa kecemasan untuk berdiri. letih la kak oii nak berdiri.

    yang duk luar Putrajaya tu lagi….yang duk dalam Putrajaya tu lagi…semua nak bawa kete. kongsi kereta tak boleh? tong-tong duit minyak. dah jimat. jimat duit minyak, jimat masa aku, jimat ruang untuk kete lain lagi.

    aku nak je jerit sambil berdiri kat pintu bas tu…sebab korang la aku bertambah-tambah penat. kalau buoleh nak tunjuk isyarat ^&*$%$^ di jari jemari ku.

    Entahlah beremosi di pagi hari. baru tido kul 2 pagi dah kekecohan si Nopa ni. Sampai kat Parcel D, gi Maybank nak cucuk duit. Tengok balance…tinggal saki baki nak beli makan minum je sampai ujung bulan. Mengeluh pulak pagi-pagi.

    Pastu, sampai kat ofis aku. check email apa yang patut..men fesbuk. Pastu aku tak tahu nak buat ape. budak-budak alin bahagia jer main internet. Giler….time ni la aku boleh nak carik-carik keje.

    Oke…pi carik keje. mana ader keje. tipu je korang ni. keje tu semua tak nak aku. aku je terhegeh-hegeh pi cari dorang.

    Last-last…aku cari Dexter. lebih baik aku layan dia………..

    Lupa plak Dexter dah kawen sekarang…hurmm, takpe gua tetap minat lu Dexter!

    Sekilas : Tak sabar nak tunggu Dexter Season 5.

    Posted in me - Tagged Dexter, Parcel E, Putrajaya

    cuba korang tolong aku

    Jan18
    2010
    Leave a Comment Written by Sekilas

    tolong lah…

    tak susah pun..tolong pilih mana satu banner yang sesuai untuk blog aku.

    ekceli…aku saje je test design benda alah ni. takde keje kat opis. takdela kreatif… korang tolong lah aku pilih. kalau semua tak cantik….cakap je tak cantik. nanti leh buat lain..ngeee…..

    BANNER 1

    BANNER 2

    BANNER 3

    Sekilas : Menghitung hari untuk berhenti kerja. :-(

    Posted in Uncategorized - Tagged banner, logo

    Tiada Tajuk

    Jan15
    2010
    Leave a Comment Written by Sekilas

    Boleh pulak budak ni duduk kusi kecik camni?? mslhnye tu dapat duduk oke!

     

    hahaha…aku sendiri tak ingat camne reaksi aku time aku kene cucuk BCG dulu…

    yang aku ingat nurse tu kata, ala cam kene gigit semut jerk…ingat gigit semut tak sakit ker? ceh!

    sekilas : nak layan DEXTER nieh…

    Posted in masyarakat, merapu - Tagged macam-macam

    Dia ingat aku nak percaya ke?

    Jan15
    2010
    5 Comments Written by Sekilas

    JANGAN HARAP…please mark my word! budak kecik leh ar nak tipu….sepak kang!

    hahahaha….ade ke anta email kat aku camni? nasib baek la yahoo kesayangan aku ni pi masuk dia dalam spam.

    Kepada korang-korang seme…janganlah terpedaya dengan email-email camni. dorang ni seme nak amek duit ko je kat dalam bank tu. Maybank takkan punye nak anta email camni kat ko. Siyes dowh! bukan sekali aku dapat email camni. banyak kali kot…

    jadi please..terutama pada yang baru nak mengenali dunia IT ni. macam-macam dik oii orang nak tipu kite…dari jauh pun leh tertipu…tipah tertipu ko.

    so AWAS! jangan sesekali dedahkan no pin anda kepada orang lain. kalau korang konpius pasal hal macam ni, korang leh terus tepon Maybank dan tanya dorang betul ke dorang ada anta email lebih selamat dan meyakinkan. tapi senang cite takyah percaya. Dusta je seme ni.

    sekilas : macam mana dengan orang MELAYU yang tipu MELAYU depan2 ni? ape kes?

    Posted in info - Tagged kes tipu, Maybank, Maybank2u

    Ada beberapa perkara yang aku lupa nak bagitahu korang.

    Jan14
    2010
    2 Comments Written by Sekilas

    bukanlah penting pun. kisah semalam yang memang aku catit tapi aku lupa nak updet kat blog aku ni. semua kejadian yang bakal ku ceritakan ini berlaku di dalam sebuah bas metro bernombor 68 yang ku naiki daripada KTM Serdang ke Putrajaya.

    sebaik sahaja aku menaiki bas itu, aku terus kebelakang kerana ada satu seat di tengah-tengah barisa duduk belakang tu. di apit oleh seorang lelaki di sebelah kiri dan seorang wanita di sebelah kanan. bas mula berjalan. aku nampak seorang amoi ala-ala tua.. macam dah ader 5 orang anak yang berusia 35 -18 tahun lar. kire tua la tu kan.

    rupenya dia tukang bagi tiket dan koyak tiket (koyak tu untuk inspektor bas la kan). amoi camni pun leh jadi inspektor bas eh..bukan aku tak respect dia menjalankan tugas dia. tapi dia dah tua, baik dia pencen je daripada bersesak dalam bas, bagi tiket / check tiket orang. kang jatuh kang sape susah.

    ini bukan amoi itu..old skool sgt ni.


    lepas tu, buat kerja dah la lambat. bagi tiket terkedek-kedek. pastu tiket terjatuh la..apa la…duit kat tangan tak tersusun. kan banyak yang tak kena tu. kalau dia amik orang-orang muda, cergas jer. kerja- macam ni kan sesuai untuk lelaki yang memang suke berhimpit di celah-celah orang ramai. tapi pada pompuan yang buat, kene cergas la kan. takkanlah macam amoi ni..adoyai….menggelabah pulak tuh.

    hal kedua…still dalam bus. bas ni buka siaran radio KL kalau tak silap aku. memang selalu jugak la bus metro ni buka siaran radio KL. so…dengar-dengar celoteh DJ, sampai info trafik pulak. tang ni aku lemah skit. pembaca info trafik ni tak amkan pagi ker? lemau ke masuk keje pagi-pagi. ko baca info trafik tu, dah macam orang baru bangun tido tau tak? aku takt ahu la sape nama dia. aku ingatkan pembaca info trafik sesuai bagi kat perempuan la. nampak bertenaga dan fresh. suara pun lancar dan ada intonasi. ini suara lelaki ni, hampeh.com. macam orang baru bangun tido la aku kata. dan-dan tu pemandu bas tukar channel radio…bosan agaknya. aku pun bosan dengar. hihihi…

    hal seterusnya…kenapalah Putrajaya ni asik jem je time gi keje pagi2…yang best tu…jalan jem tu sebab nak pergi Parcel E je tuh…tensi taw semua pemandu-pemandu. (macamla aku yang memandu kan) tapi tengok kete banyak-banyak kat depan berderet rasa macam dilautan kereta plak. hahahah….kat dalam Parcel E tu terlalu banyak sangat kementerian. pastu orangputrajaya ni kaya sangat ada kerete..seme nak pakai kerete…naiklah motor ker, pengangkutan awam ke macam aku kan bagus.

    korang tau ada berapa kementerian dalam Parcel E ni??

    lagi satu hal…kana ku kate aku diapit seorang lelaki sebelah kiri, dan wanita sebelah kanan. Bila sampai kat parcel D tempat aku nak turun…wanita sebelah aku ni tak sesabarnya nak kuar…bas tak berhenti lagipun. dia dah nak angkat kaki. walhal aku ade kat sebelah dia ni. aku pun nak turun jugak.rilek la…ke dah lambat nak punch card cik puan oiii…tak sesabo. patut bagila aku keluar dulu ye tak? hey….kalau dah pompuan tu pompuan jugak lah. so, aku ni bukan pompuan la ?? hahaha…pas dia bangun keluar..aku pun bangun…dan turun bas…dah la dia turun dulu kan…tapi tahu2 aku plak yang dah ada kat depan. dia jalan terkedek-kedek kat blkg. ingat nak cepat sangat tadi. geram jer taw…sabo2..Norfa perlu belajar menjadi orang yang penyabar…

    so moral of the story…sila bawa kamera handphone yang okey untuk merakam semua kejadian ini. hendpon sony aku charger takde. still tingal kat rmh abg aku. so now aku guna hp nokia akak aku. so takleh nak amek gamabr nak tunjuk kat korang.

    sekilas : ader kaitan ke moral of the story aku tu? hukhukhuk…

    Posted in masyarakat, merapu - Tagged KTM Serdang, metrobus 68, my blog

    tiada gambar untuk menggambarkan keenakkannya

    Jan12
    2010
    Leave a Comment Written by Sekilas

    Hari ni my sis balik lewat sket. so, aku memang tumpang kak ayu dari Hospital Serdang. My sisdah pesan suh amek bebudak. then pi masak nasi dan goreng ayam untuk dorang. sesampai je aku di rumah setelah mengambil anak-anak itu, hujan turun dengan bestnya.

    mula-mula Zulfadhli dok diam jek. pastu, akuterus mengeluarkan susu berkrim milik Zul dari peti ais. sebab aku gerenti dia akan menangis teresak-esak kerana ketiadaan ibunya. pastu kuarkan ayam. rendam periuk nasi. suh Danial tengok Zul jap sebab nak pi tukar baju.

    Sesampai di bawah, aku masak nasi. tiba-tiba Zulfadhli menangis. ha kan aku dah kata. pi rendam susu dia kat air panas…eh..dalam air panas…ke camne ayat aku ni. sambil dia menangis di atas troli maka aku teruskan aktiviti memilih ayam yang sepatutnya di makan oleh budak-budak. mestila pilih yang ada isi banyak kan. dorang bukan makan jenis tulang-tulang ni.

    goreng….menangis…goreng…menangis. bukan aku la menangis. Zulfadhli. pas goreng ayam yang sedap itu. sememangnya aku sendiri terliur melihat ayam goreng itu sewaktu panas dan garing. pi senduk nasi. tak tunggu sejuk dah..budak-budak ni dah mengadap ayam goreng yang lazat itu. hahahaha….

    sementara kanak-kanak itu makan…..aku bagi susu kat Zulfadhli…minum…diam..minum…diam…tidur…ceh! semudah ABC menidurkan Zulfadhli.

    pi tengok Danial ngan Iskandar yang bergaduh tak tahu sebab apa. tapi ku lihat ayam goreng itu…sudah HABIS!!! apaaa…..sedap sangat ke? hahaha…perasan tul. aku pun tolong meratah ayam itu sehingga ke tulang. lapar atau sedap??

    terpaksa goreng second round….memang layan. ayam goreng yang lazat….garing…makan dengan nasi panas…hangat…kemudian digaulkan pula dengan kicap manis….perggghh!! tiada gambaran dapat kuberikan melainkansatu perkataan…LAZAT seyyyy…..hikhikhik…..

    Blurpp….Alhamdulillah. rezeki tu….macam tu punya simple pun aku leh layan sehingga menjilat jari. bayangkanlahmakanketika hujan turun..nasi apnas..ayam garing…hikhik….sengal nopa ni.

    okey…aku sudah kenyang!

    sekilas : ape??? hikhikhik

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Posted in me - Tagged dinner, makan
    ← Older Entries Newer Entries →

    I LOVE NUFFNANG!





    The time is running

    horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

    Get Adobe Flash player

    Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

    Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

    Naskah Coretanku

    Love Story

    Lilypie Maternity tickers

    Daisypath Anniversary tickers

    Daisypath Anniversary tickers

    My Pages

    • Persiapan Perkahwinan 2011
      • Perbelanjaan Perkahwinan
      • Hari Kejadian
      • 1 Hari Sebelum
      • 1 Minggu Sebelum
      • 2 Minggu Sebelum
      • 1 Bulan Sebelum
      • 2 Bulan Sebelum
      • 3 Bulan Sebelum
      • 4 Bulan Sebelum
      • 5 Bulan sebelum
    • Soalnya siapa?
    • Blogroll / Link
    Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

    ‘LIKE’ this blog?

    Top Post

    • Bantuan Baitulmal JAWI
    • Tips dan cara membuat syabu
    • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Resepi : Kek Coklat Moist
    • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Resepi : Kek Batik
    • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
    • Gossip : Siti Saerah mengandung?
    • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

    Formspring

    Sayang semua!

    widgeo.net

    Tag Glamer

    Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

    EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress