• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for January, 2010

Linda Onn kata, dia tak nak mintak maap!

Jan27
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

“Semua kenyataan yang keluar daripada mulut saya adalah untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak media. Bukan saya sengaja hendak bercerita. Saya tidak akan buat permohonan maaf seperti yang diminta kerana saya bercakap perkara yang benar. Jadi, jumpa di mahkamah sahaja.”

sumber : www.gua.com.my

apo nak di kato?

sedang sibuk dan hangat diperkatakan di akhbar dan banyak-banyak tempat lagi di Malaysia ni pasal Fahrin Ahmad menangis. Linda Onn dengan tegasnya berkata dia takmo minta maap dengan ex-boypren dia tu.

camnilah dorang-dorang ni, time bercinta sorok-sorok si Linda ni. time tu jugak itulah cinta intan berlian, sayang segala bagi. tapi ila dah putus gini, semua pekung nak bagitahu orang. kalau betul pun jahat sangat Fahrin tu, elok sangat ke prangai awk tu kak Linda oiii?? ceh, backup Fahrin la plak aku ni.

takdelah..dua-dua pun sama jela. Yang Fahrin tu sampai nak nanges-nanges tu kenapa. Macho la sket…jangan tunjukkan anda lemah. depan orang ramai dok nanges plak. Siti Nurhaliza tu lagi banyak fitnah dia dapat..rilek jerk. Mawi tu ha…saat-saat ayah dia dah meninggal pun orang duk kata lagi pasal dia…cool jek…

well, maybe lain orang lain pulak emosi kan. Tak tahulah itu hanya sandiwara atau pun benar-benar dalam hati Fahrin ada taman…mudah tersentuh..dah telah hilang sabar sehingga menitiskan air mata.

mana satu betul mana satu tidak..aku tidak mahu la sokong…sebabnya, aku pun tak tahu apa-apa..kang kena saman plak sebab buat fitnah. huhuhu……larikkkkk!!!

sekilas : dah putus, takyah citer2 buruk pasangan kita tu.

Posted in Artis, cinta, masyarakat - Tagged Fahrin Ahmad, Linda Onn

Masalah peribadi saya yang ingin saya kongsi bersama Pakar Kaunseling

Jan27
2010
1 Comment Written by Sekilas

Encik,

Saya merupakan seorang perempuan yang baru je tamat belajar 6 bulan lalu. Mungkin 6 bulan rasa macam dah lama. tapi bagi saya ia macam baru semalam je berlaku. sebabnya sehingga sekarang saya tiada lagi pekerjaan tetap.

Saya anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik. Semua adik beradik saya dah berkahwin dan beranak pinak kecuali saya yang baru berusia 25 tahun. Sekarang saya tengah keje kontrak kat gomen ni. dan bulan ni bulan terakhir, (ada 2 hari je lagi). Lepas ni saya tak tahu saya nak keje mana? saya dah apply banyak tempat tapi tiada rezeki untuk saya. tak mengapa.

Encik, yang saya nak cerita ini bukanlah tentang pekerjaan saya. Tapi masalah yang saya hadapi sekarang ni ialah macam mana saya nak plan perbelanjaan saya. Saya rasa saya sangat boros tapi bila saya check2 balik takde satu barang berharga pun yang saya beli. bila dapat gaji saya berjaya beri pada mak, beri pada kakak saya sket sebab tumpangkan saya rumah dia yang besar tu, kemudian saya simpan sket dalam bank saya yang kemudiannya saya amek balik sebab tak cukup duit bila ujung bulan. saya juga guna untuk bayar bil tepon saya. semuanya ke arah kebaikan.

Lepas tu, saya tengok baki akaun saya tingal 200. bila saya dah buat belanja makan, habis. Saya ada juga beli baju. tapi gaji lepas tu tak beli pun. kenapa saya punya duit habis? kenapa? sekian sahaja masalah saya. di harap encik dapat membantu selesaikan kemelut saya ini. Sebab saya nak beli kete dan nak kawen ni. macam mana saya nak menyimpan dan mengumpul aset kalau duit asik takde je dalam bank.

 

yang benar,

saya.

Posted in merapu - Tagged kaunselor, masalah, pakar kaunseling

Selamat Malam

Jan25
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Nanyian : Faizal Tahir

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo…

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo…
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

sekilas : layan je lagu ni

Posted in lagu - Tagged Faizal Tahir, lirik lagu, Selamat Malam

inikah kisahnya pasal Hani Tarmizi??

Jan25
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

aku ingat pasal ape kontroversi nya.

giler ketinggalan aku. ini pun aku sempat pi jengah blog-blog orang lain. Kisahnya Hani telah mengutuk gadis-gadis Sarawak dalam FB. adoyai..apesal la minah ni sengal!

Itulah bergunanya pepatah Melayu…kerana mulut badan binasa. ini baru binasa dengan rakyat-rakyat Sarawak yang  inginkan anda memohon maaf. belum lagi kalau anda jumpa gadis-gadis mereka dan memukul anda serta meninggalkan anda di kaki lima.

itu pun kalau dorang tinggalkan. kalau dorang ‘hilangkan’ terus sampai orang tak jumpa anda..camne? parah kak oii…’

Aku terbaca pasal hal ni kat beutifulnara.com. tapi aku still blur tak tahu kisah ape..sampai la aku dapat gambar ini di blog mereka…

 

Al kisahnya begitu la….ayat terakhir dalam komen dia tu yang menaikkan kemarahan orang-orang Sarawak ni. Memang tak patut pun dia cakap macam tu. Gadis-gadis lain pun apekah kurangnya…. tepuk dada tanya selera. Bukan melihat berdasarakn negeri kelahiran anda…tapi lihatlah pada diri sendiri. Mencarut-carut pun telah mendedahkan peribadi yang negatif. betul tak?

apa-apa pun…FB telah banyak mendatangkan kesan buruk sebenarnya kalau anda tidak tahu menggunakan kemudahan itu ke arah kebaikan..

ini adalah sebahagian entry yang aku amik daripada blog kopi sejuk…ape pendapat korang ?

Racism, is the most sensitive thing to talk about. I always see my friend(non-chinese) posted something like, ”budak cina ni nak mampus ke apa, balik China jer la.” Ewwww, please, that’s very racist statement.
 
 
You can post anything you want, but not a racist shout-out, or your love/rumahtangga problems in your Facebook. Don’t you feel ashamed when people knows that you are getting divorce? I would feel ashamed.
 
 
Please be careful with any of your statements in your Facebook next time. To the women (HANI TARMIZI) above, don’t blame the Sarawakian girls, but blame it on your husband yang gatal dan tak sedar diri. We are not kampung place, we know about civilization more than you, if my state doesn’t feed you, you think you can owned big city like KL? Without us, KL is DEAD.
 
Not all of us are slut, some KL girls are slut too. We have religion, we are devout Christian and Muslim, we know our boundaries. Sekurang-kurangnya, kami tak pernah buat video seks 3gp macam kamu orang. Ueekkk…..menyampah aku!
 
hamek kau…tak pasal2 KL dapat nama…kasihan pada orang Sarawak dan orang KL yang tak bersalah itu. apa boleh buat…lumrah manusia memang begini…korang jangan terasa hati plak pila kopi sejuk buat entry camni. menurutnya, dia tujukan ini pada Hani tu. maybe ade tempias2nya kat kite. jangan pk bukan2…kebenaran kadang kala menyakitkan tapi kita tak boleh menidakkannya.
sekilas : err…agak-agak kopi sejuk marah aku tak sebab copy paste entry dia??
Posted in masyarakat - Tagged facebook hani, Hani Tarmizi, kopi sejuk

RAHSIA PUNGGUNG

Jan25
2010
3 Comments Written by Sekilas

Ko jangan memain. Punggun pun ader rahsia tersendiri oke. So, bersyukurlah kita kerana dikurniakan punggung. Orang lain ada yang lahir takde pungung lagi. (Ada kan??)

Rahsia ni bukan aku reka sendiri. gile ape ko aku kaji tentang punggung. muahaha…memang orang tak berani jalan depan aku la camtu. AWAS, PENGKAJI PUNGGUNG DI BELAKANG ANDA! ini dipetik di laman web 101 rahsia. pi jenguk2..banyak lagi rahsia kat situ. huhuhu…

Jom kita layan RAHSIA PUNGGUNG.

Punggung dan paha adalah pusat pergerakan badan yang menentukan cara bergerak dalam kehidupan.Terdapat lima bentuk punggung dan paha secara am iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu bentuk punggung anda?? Ini hanya untuk bacaan semata-mata…
Punggung Bulat

 

Seseorang yang mempunyai punggung yang bulat adalah seorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, bersemangat, bijak mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Cekal mengharungi segala cabaran hidup samada baik mahupun buruk.

Punggung Seimbang

Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat.. Tidak terlalu rata. Seseorang yang mempunyai punggung seperti ini dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

Punggung Tinggi

Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berse ron ok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

Punggung Besar

Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantic, subur dan sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan hal ehwal kewangan. Baginya tidada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis “no problem”.. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

Punggung Rata

Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

sekilas : giler ar..punggung rata tak subur. yang mana satukah punggung anda??

Posted in info, merapu - Tagged Punggung menarik, Rahsia Punggung

Mahal juga majalah Pesona Pengantin

Jan25
2010
2 Comments Written by Sekilas

Reganya RM10. Pergh….

tapi, anda jangan risau. kerana harga tersebut sangat berbaloi dengan pengisian yang ada di dalamnya. Tidak percaya? Percayalah wahai sahabatku sekalian.

Aku sudah membelinya tadi di cafe. Sampai tak cukup duit aku pinjam duit kat D la tadi. muahahaha…..

Auntie tu siap kagum aku leh dapatkan duit semata-mata untuk beli majalah tu. Dia kata majalah tu cepat abis. yang tinggal pun ader 2-3 je. tu pun ade yg koyak. Pdhal bulan Februari punya aku beli ni. Ramai no yang minat majalah ni.

tapi bagusla…sape-sape yang nak kawen, memang ini majalah yang sangat sesuai untuk buat rujukan. Kalau nak buat gubahan hantaran untuk orang pun leh jugak rujuk kat majalah ni. Serba boleh la aku cakap. huhuhu…

Ahaa……korang mesti pelik dan terkulat-kulat bertanya. apahal Cik Norfa ni nak beli majalah pengantin. Nak kawen ke dia? Atau dia nak amek upah gubah hantaran? atau dia nak bagi khidmat nasihat pda kawan-kawan?

tidak..tidak…semuanya tidak. Tujuan aku beli majalah Pesona Pengantin ni adalah kerana……….

 

 

 

 

 

Aku dapat intebiu sebagai kadet wartawan / wartawan kat karangkraf untuk majalah Pesona Pengantin. muahahaha….

dasat kan aku? giler semangat. Aku kene intebiu esok taw!! so arini baru nak study apekah itu majalah Pesona Pengantin. muahaha…bukanlah aku tak pernah baca…kat rumah akak aku banyak kot majalah tu. tapi yang lama-lama la.

So aku beli ni kire yang latest la kan. nak tau apekah yang menarik dalam keluaran terbaru ni. Cover depan, Linda Onn. Hai..untung artis2 ni..belum kawen pun dah merasa nak pakai baju pengantin glamer gitu.

Soalan-soalan cliche oleh wartawan…apakah ciri-ciri lelaki idaman anda? Majlis perkahwinan bagaimana yang anda inginkan? bla bla bla….

standart punye soalan.

Tapi aku takdelah nak komen macan-macam kat majalah ni. aku nak intebiu esok untuk jadi wartawan kot. takkan nak cari salah silap dia plak. tapi ape salahnya kan?? membawa pembaharuan kepada majalh itu. hahaha…baru la sangat. kang tak apsal2 aku kena bambu.

ekceli aku penah intebiu kat karangkraf untuk jawatan wartawanjugak..tapi untuk Sinar. GAGAL! adakah kali ini Norfa akan gagal lagi?? mungkin tidak.. kerana kata-kata itu satu doa. maka katalah yang baik2 tentang aku yer..semoga aku berjaya esok!

sekilas : study baca majalah. clazzz gitu!

Posted in info, me - Tagged Karangkraf, Pesona Pengantin, temuduga

Seorang kawan bertanya kepada aku.

Jan22
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

“Weyh, ada ke lelaki tak suka perempuan pakai tudung?”

 

Aku perjelaskan sikit soalan dia…

Di satu petang yang hening, aku, June (kawan) dan Hanan Hanin (anak-anak kawan) sedang berada di taman permainan kanak-kanak sambil-sambil melihat anak-anaknya berlari riang macam taman tu dorang yang punya.

Sedang berbual tentang kawan-kawan yang sudah berumahtangga (itu tak termasuk aku yang masih bujang oke). Tiba-tiba dia tanya soalan seperti di atas yang merujuk kepada suami yang tidak suka isterinya pakai tudung. Kawan aku ni ceritalah..Suami dia berjumpa dengan seorang kakak berusia lewat 30 an.

So, suami dia ni tanya direct kat kakak ni… “kakak, u sudah tua. anak sudah besar. Kenapa u tak pakai tudung?”

memang direct betul la soalan dia. So si kakak ni pun menjawab, “Suami akak tak suka akak pakai tudung.” Sesampai sahaja di dalam kereta, suami dia pun tanya “Ada ke suami tak suka isterinya pakai tudung?” Kawan aku jawab “Entah.”

Dan soalan itu ditujukan kepada aku. aku jawab, “Ada.” Dan jumlahnya bukan terlalu sedikit. tapi mungkin sedikit. atau mungkin banyak. dan mungkin terlalu banyak. Ada lagi seorang kawan aku yang baru sahajamendirikan rumahtangga bertanya pendapat aku. “Kalau kau kat tempat aku, hidup kau sebelum ni tak bertudung. Tiba-tiba kau kawin. Dan baru nak mula belajar pakai tudung. tapi kena paksa terus dengan mak mertua kau untuk pakai tudung. Bila kau tanya suami kau, suami kau kata kau lebih cantik tidak pakai tudung. Tapi aku kena pakai juga sebab mak mertua kau suruh. apa kau nak buat?”

aku tidak memberi jawapan tepat kepada dia. sebab aku takut dia terguris hati dengan jawapan tepat aku nanti. Jadi aku tanya balik pada dia, “Sekarang kena tanya hati kau, kau nak pakai atau tidak? kalau nak teruskan..kalau tak nak jangan paksa. nanti akibatnya lebih teruk.” Dia jawab, “Aku nak. aku baru nak sesuaikan diri dalam perkahwinan. sesuaikan diri untuk memakai tudung”

Jadi…aku rasa dia sendiri tahu apa jawapannya. aku tak menjawab lebih. sebab silap-silap aku macam boleh bagi dia kuliyah pulak kat situ. Aku tahu aku juga tak sempurna. Tapi dia adalah antara kawan baik aku.

Tiada siapa yang akan kelihatan buruk dengan bertudung. Pada aku, setiap orang yang bertudung itu nampak cantik kerana dia telah menutup kecantikan dalamannya dari dilihat orang lain. Sebagai seorang suami, sepatutnya mereka seboleh-bolehnya tidak mahu kecantikan si isteri ditatap oleh pemuda lain. Tapi ada juga yang merasa bangga membawa isteri dengan pakaian seksi dan menjolok mata di hadapan kawan-kawan lain. Aku pernah dengar sekali hal ini dalam radio HotFM.

Tapi korang pernah dengar tak orang-orang lelaki cakap camni, “GF kalau nak seksi-seksi takpe. Stok nak bawa jalan je. Tapi kalau aku nak kawen nanti, aku nak cari isteri yang bertudung litup.” Kalau pernah dengar…maknanya betul atau tak apa yang lelaki-lelaki ni cakap? huhuhu…..

Dalam kes kawan aku yang pertama, memang ada suami tak bagi isteri pakai tudung. sebab bagi mereka isteri akan kelihatan kolot, tak up todate, tak modern dan sebagainya. ada juga yang awal-awal lagi dah dera isteri untuk cari pendapatan tidak halal. sebab tu la takleh pakai tudung kan, malah pakai seksi lagi. Ada juga suami yang merasa malu…dulu hidup mereka bujang, dengan perempuan cantik seksi, hot..tapi bila kawen, isteri bertudung litup ala-ala sopan. bila jumpa kawan-kawan, kene perli “Bro, takkan bini kau pakai tudung kot. mane gi perempuan sebenar kau ni?”

Dalam kes kawan aku yang kedua, dia masih berada dalam keadaan selamat, sebab si suami tidak melarang dia memakai tudung walaupun hakikatnya suami dia mengaku dia lebih cantik tidak bertudung. dan sebenarnya kecantikan itulah harus diterangkan kepada suami agar tidak ditayang kepada orang lain. Dan sebenarya, dia masih boleh membuktikan kepada suami, wanita bertudung jugak mampu nampak cantik dan menarik. Sebenarnya, kawan aku ni tidak yakin, dia nampak menarik dengan bertudung. dia kata, “Kalau aku pakai tudung, muka aku nampak buruk” Ekceli, itu boleh diadjust dengan mempelajari pakai tudung dengan betul.

Cantik kan.

Maklumlah dulu lebih banyak tak pakai dari pakaikan. so tak tahu camne nak pakai betul2. Dulu waktu aku mula-mula pakai tudung pun, muka aku nampak selebet. Orang yang bertanggungjawab ajar aku pakai tudung ialah Linda. kadang-kadang AIni pun tolong aku. Dorang nampak tudung aku senget2 dorang betulkan. Dan itulah gunanya kawan. Iela pun selalu betulkan tudung aku. Jujurnya, sekarang pun aku masih belajar pakai tudung untuk nampak kemas dan menarik.

So…kesimpulannya di sini..pilihlah calon suami anda yang betul, agar dia dapat membimbing anda ke arah kebaikan. Atau mungkin jika anda kuat, anda mampu membimbing suami. Terserah anda, dan sama-samalah kita berdoa agar hidup kita bahagia dunia akhirat. Amin.

Buat sahabat aku yang baru berumahtangga, aku harap kau mampu tempuh kehidupan sebagai isteri. Dan aku harap, aku pun sama satu hari nanti. :-)

sekilas : aku juga tidak sempurna.

Posted in info, Kisah-kisah itu - Tagged tudung, wanita bertudung

Separuh Jiwaku Hilang

Jan22
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
tapi berakhir luka

Kau main hati
dengan sadarmu
kau tinggal aku

*benarku mencintaimu
tapi tak begini
kau khianati hati ini
kau curangi aku

kau bilang tak pernah bahagia
selama dengan aku
itu ucap bibirmu

kau dustakan semua
yang kita bina
kau hancurkan semua

Repeat *

Benar ku mencintaimu
tapi tak begini
kau khianati…
kau curangi aku…
kau dustai hati…
benar ku mencintaimu

Sekilas : benarkah dia cintamu?

Posted in lagu - Tagged KD, Kris Dayanti, lirik lagu Anang, lirik lagu separuh jiwaku hilang

Tazkirah Remaja: Solat dan lima jenis manusia

Jan21
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.


Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.
Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

 

Oleh : Mohd Zawawi Yusoh

Posted in info, Kisah-kisah itu - Tagged Mohd Zawawi Yusoh, solat, tazkirah remaja

Beza lelaki dan perempuan??

Jan21
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Tak baek taw bezakan laki-laki dengan olang perempuan ini macam…issk…isskkk….

Ini adalah perbezaan orang lelaki dan perempuan ketika LUNCH. benarkah??? aku sebagai pompuan pun cam konpius jugak…cam ade kene sikit-sikit..cam takde pun ade..errk…

Lunch time

Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana , tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
30. Sampai depan kaunter “berapa?”
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk. .
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!

 

sekilas : ambek ko sampai 63 perkara nak kene buat!! chantek!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in info, merapu - Tagged beza lelaki dan perempuan, lunch time
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Resepi : Kek Batik
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress