Encik,
Saya merupakan seorang perempuan yang baru je tamat belajar 6 bulan lalu. Mungkin 6 bulan rasa macam dah lama. tapi bagi saya ia macam baru semalam je berlaku. sebabnya sehingga sekarang saya tiada lagi pekerjaan tetap.
Saya anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik. Semua adik beradik saya dah berkahwin dan beranak pinak kecuali saya yang baru berusia 25 tahun. Sekarang saya tengah keje kontrak kat gomen ni. dan bulan ni bulan terakhir, (ada 2 hari je lagi). Lepas ni saya tak tahu saya nak keje mana? saya dah apply banyak tempat tapi tiada rezeki untuk saya. tak mengapa.
Encik, yang saya nak cerita ini bukanlah tentang pekerjaan saya. Tapi masalah yang saya hadapi sekarang ni ialah macam mana saya nak plan perbelanjaan saya. Saya rasa saya sangat boros tapi bila saya check2 balik takde satu barang berharga pun yang saya beli. bila dapat gaji saya berjaya beri pada mak, beri pada kakak saya sket sebab tumpangkan saya rumah dia yang besar tu, kemudian saya simpan sket dalam bank saya yang kemudiannya saya amek balik sebab tak cukup duit bila ujung bulan. saya juga guna untuk bayar bil tepon saya. semuanya ke arah kebaikan.
Lepas tu, saya tengok baki akaun saya tingal 200. bila saya dah buat belanja makan, habis. Saya ada juga beli baju. tapi gaji lepas tu tak beli pun. kenapa saya punya duit habis? kenapa? sekian sahaja masalah saya. di harap encik dapat membantu selesaikan kemelut saya ini. Sebab saya nak beli kete dan nak kawen ni. macam mana saya nak menyimpan dan mengumpul aset kalau duit asik takde je dalam bank.
yang benar,
saya.






assalamualaikuum
Saya merupakan anak sulung dalam keluarga saya.saya mempunyayai 2 adik.ssebenarnya masalah saya ni adalah ayah dan ibu saya yang marah dan meluat dengan saya.
Semua ini berpunca apabila saya pukul adik saya sehingga lebam di mata.hal ini kerana saya amat marah dengan adik saya ini kerana adik saya buat saya kena marah dengan mak dan abah pasal benda yang saya tak buat.saya ni biasalah jenis panas baran(ikut peragai ayah saya)tambah-tambah lagi saya kena tuduh pasal benda yang saya tak buat .
saya apa lagi geramlah.saya pun tumbuk lah kat muka adik saya.hal ni kerana saya dah suruh adik saya minta maaf dengan saya tapi dia tak mau,banyak kali dah saya suruh dia buat tak tau je pastu mak saya pula asyik dok marah saya je ,dok kta kat saya macam contoh “ang nie bodoh la,tak reti apa lah dan lain-lain .saya ni walaupun jenis panas baran tapi kalau orang minta maaf kat saya , perasaan marah saya akan reda macam tak dak benda apa yang belaku.
sejak dari hari itu mak dan ayah saya dah x berapa sayang kat saya dah.saya sebenarnya nk bertaubat dah dari buat adik saya tapi mak dan abah saya macam tak percsya katb saya dah.saya nak perhgi main dengan adik saya pun mak saya larang, mak saya kata “adik main la dengan abang ang nanti dia pukul ang baru tau”
mak saya ni pulak suka cerita kat semua family saya yang saya ni suka pukul adik,habis semua family saya pandang serong kat saya.problem saya sekarang nie macam mana saya nak mendapatkan semula kepercayaan semua family saya ni.pastu macam mana nak buat bagi adik saya mahu berkawan dengan saya semula.
sesiapa bantu lah memberi jawapan kepada masalah saya ni.saya dah buntu memikirkan masalah ni.rasa macam nak bunuh diri je