“Weyh, ada ke lelaki tak suka perempuan pakai tudung?”

Aku perjelaskan sikit soalan dia…
Di satu petang yang hening, aku, June (kawan) dan Hanan Hanin (anak-anak kawan) sedang berada di taman permainan kanak-kanak sambil-sambil melihat anak-anaknya berlari riang macam taman tu dorang yang punya.
Sedang berbual tentang kawan-kawan yang sudah berumahtangga (itu tak termasuk aku yang masih bujang oke). Tiba-tiba dia tanya soalan seperti di atas yang merujuk kepada suami yang tidak suka isterinya pakai tudung. Kawan aku ni ceritalah..Suami dia berjumpa dengan seorang kakak berusia lewat 30 an.
So, suami dia ni tanya direct kat kakak ni… “kakak, u sudah tua. anak sudah besar. Kenapa u tak pakai tudung?”
memang direct betul la soalan dia. So si kakak ni pun menjawab, “Suami akak tak suka akak pakai tudung.” Sesampai sahaja di dalam kereta, suami dia pun tanya “Ada ke suami tak suka isterinya pakai tudung?” Kawan aku jawab “Entah.”
Dan soalan itu ditujukan kepada aku. aku jawab, “Ada.” Dan jumlahnya bukan terlalu sedikit. tapi mungkin sedikit. atau mungkin banyak. dan mungkin terlalu banyak. Ada lagi seorang kawan aku yang baru sahajamendirikan rumahtangga bertanya pendapat aku. “Kalau kau kat tempat aku, hidup kau sebelum ni tak bertudung. Tiba-tiba kau kawin. Dan baru nak mula belajar pakai tudung. tapi kena paksa terus dengan mak mertua kau untuk pakai tudung. Bila kau tanya suami kau, suami kau kata kau lebih cantik tidak pakai tudung. Tapi aku kena pakai juga sebab mak mertua kau suruh. apa kau nak buat?”
aku tidak memberi jawapan tepat kepada dia. sebab aku takut dia terguris hati dengan jawapan tepat aku nanti. Jadi aku tanya balik pada dia, “Sekarang kena tanya hati kau, kau nak pakai atau tidak? kalau nak teruskan..kalau tak nak jangan paksa. nanti akibatnya lebih teruk.” Dia jawab, “Aku nak. aku baru nak sesuaikan diri dalam perkahwinan. sesuaikan diri untuk memakai tudung”
Jadi…aku rasa dia sendiri tahu apa jawapannya. aku tak menjawab lebih. sebab silap-silap aku macam boleh bagi dia kuliyah pulak kat situ. Aku tahu aku juga tak sempurna. Tapi dia adalah antara kawan baik aku.
Tiada siapa yang akan kelihatan buruk dengan bertudung. Pada aku, setiap orang yang bertudung itu nampak cantik kerana dia telah menutup kecantikan dalamannya dari dilihat orang lain. Sebagai seorang suami, sepatutnya mereka seboleh-bolehnya tidak mahu kecantikan si isteri ditatap oleh pemuda lain. Tapi ada juga yang merasa bangga membawa isteri dengan pakaian seksi dan menjolok mata di hadapan kawan-kawan lain. Aku pernah dengar sekali hal ini dalam radio HotFM.
Tapi korang pernah dengar tak orang-orang lelaki cakap camni, “GF kalau nak seksi-seksi takpe. Stok nak bawa jalan je. Tapi kalau aku nak kawen nanti, aku nak cari isteri yang bertudung litup.” Kalau pernah dengar…maknanya betul atau tak apa yang lelaki-lelaki ni cakap? huhuhu…..
Dalam kes kawan aku yang pertama, memang ada suami tak bagi isteri pakai tudung. sebab bagi mereka isteri akan kelihatan kolot, tak up todate, tak modern dan sebagainya. ada juga yang awal-awal lagi dah dera isteri untuk cari pendapatan tidak halal. sebab tu la takleh pakai tudung kan, malah pakai seksi lagi. Ada juga suami yang merasa malu…dulu hidup mereka bujang, dengan perempuan cantik seksi, hot..tapi bila kawen, isteri bertudung litup ala-ala sopan. bila jumpa kawan-kawan, kene perli “Bro, takkan bini kau pakai tudung kot. mane gi perempuan sebenar kau ni?”

Dalam kes kawan aku yang kedua, dia masih berada dalam keadaan selamat, sebab si suami tidak melarang dia memakai tudung walaupun hakikatnya suami dia mengaku dia lebih cantik tidak bertudung. dan sebenarnya kecantikan itulah harus diterangkan kepada suami agar tidak ditayang kepada orang lain. Dan sebenarya, dia masih boleh membuktikan kepada suami, wanita bertudung jugak mampu nampak cantik dan menarik. Sebenarnya, kawan aku ni tidak yakin, dia nampak menarik dengan bertudung. dia kata, “Kalau aku pakai tudung, muka aku nampak buruk” Ekceli, itu boleh diadjust dengan mempelajari pakai tudung dengan betul.

Cantik kan.
Maklumlah dulu lebih banyak tak pakai dari pakaikan. so tak tahu camne nak pakai betul2. Dulu waktu aku mula-mula pakai tudung pun, muka aku nampak selebet. Orang yang bertanggungjawab ajar aku pakai tudung ialah Linda. kadang-kadang AIni pun tolong aku. Dorang nampak tudung aku senget2 dorang betulkan. Dan itulah gunanya kawan. Iela pun selalu betulkan tudung aku. Jujurnya, sekarang pun aku masih belajar pakai tudung untuk nampak kemas dan menarik.
So…kesimpulannya di sini..pilihlah calon suami anda yang betul, agar dia dapat membimbing anda ke arah kebaikan. Atau mungkin jika anda kuat, anda mampu membimbing suami. Terserah anda, dan sama-samalah kita berdoa agar hidup kita bahagia dunia akhirat. Amin.
Buat sahabat aku yang baru berumahtangga, aku harap kau mampu tempuh kehidupan sebagai isteri. Dan aku harap, aku pun sama satu hari nanti.
sekilas : aku juga tidak sempurna.





