apa yang sampai? mood….mood untuk updet blog dengan jayanye.
mungkin kerana memikirkan kerjaya ku di sini bakal berakhir pada 31 Januari ini.
mungkin kerana aku terlalu sibuk melayan Dexter dari season 1, dan sekarang ni dah masuk season 3.
mungkin kerana aku tiada idea untuk menulis or paling tepat menaip.
mungkin aku ada terlalu banyak cerita yang aku tak tahu dari mana aku nak mulakan.
mungkin…dan segalanya mungkin berlaku….
aku tak tahu apa yang berlaku di sekeliling aku. terlalu lama rasanya aku tidak melihat berita di kaca TV.
terlalu lama rasanya aku tidak membaca surat khabar walaupun ia ada di depan mata.
terlalu banyak kisah-kisah yang aku terlepas pandang..seperti imam sekeluarga yang mati dibunuh oleh anaknya.
terbaru seorang anak disimbah asid.
oh…where are you Norfa? why you missed all of this things?
aku sengaja tidak ambil tahu perkara-perkara ini atau aku memang tidak bijak menggunakan peluang yang ada untuk mengetahui segala perkembangan semasa.
wake up Norfa…!!
sekilas : something wrong somewhere.






banyaknyer “mungkin” =)