• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for December, 2009

apakah petandanya, kalau…

Dec24
2009
8 Comments Written by Sekilas

ada orang sediakan kau bekal pagi-pagi? huhuhu…

Tadi waktu aku turun bas nak ke office…ader seorang wanita comel dan sopan, memberikan bekal kepada pemandu bas.

Kronologi kisah wanita ini :

- Sebelum ni aku jarang nampak wanita ini.

- hari seterusnya, aku nampak wanita ini duduk depan sekali menghadap pemandu bas sambil berborak (gaya macam baru-baru nak kenal la, sebab pemandu bas tu ada tanya siapa nama dia) - giler jahat aku ni dengar orang borak.

- hari seterusnya, aku perasan wanita ni duduk kat seat paling depan (menggantikan wanita bertudung yang biasa aku tengok duduk situ…mane budak tu pegi eh?)

- hari berganti hari aku nampak wanita ni still memilih seat paling depan sebagai seat kegemarannya..tapi time ni pemandu basnya bukan yang selalu..so dia duk diam jer kat depan tu.

- hari ini aku nampak wanita ini masih memilih seat depan…dan sebelum turun tiba-tiba dia bagi bekal makanan kat pemandu bas.

brader tu pun apa lagi..tersenyum kambing sambil berbunga-bunga riang. dia pun tak sangka wanita itu akan bagi bekal kat dia. bukan bekal nasi goreng..mee goreng yer..disebabkan bekas makanan tu transparent, aku nampakla isi dia….

sila teka apakah isi bekas makanan itu :

A) Roti canai

B) Kuih-muih

C) Kek Coklat

D) Ayam Goreng

siapa dapat teka……aku bagi….bagi….bagi tepukan jela..hahaha…..

cepat teka…nanti aku updet blk entry ni..bagi jawapannye yer….oke…! cau cincau gelas kecik bagi lima.

OKE..Sekarang, aku mau updet ini entry….

kepada semua yang cuba-cuba teka tu….sebenarnya, wanita comel dan sopan itu memberikan KEK COKLAT kepada pemandu bas tadi…haa…gitula kisahnya….ada 4 slice kek coklat dalam bekas makanan tu…hehehe…sapa yang betul aku tepuk tangan kat sini…hahaha..nampak tak aku tepuk tangan ni. oke..layannn……

sekilas : selalu kalau orang tetiba baik hati ni ada niat lain kan..hehehe

Posted in masyarakat - Tagged bas metro, bekal, bekas makanan

Aku pernah berangan-angan untuk berkahwin di hotel

Dec24
2009
2 Comments Written by Sekilas

7 tahun yang lalu, (sila baca : ketika aku masih mentah, selebet, dan bakal menduduki SPM) aku pernah memikirkan tentang perkahwinan. Dan inginkan perkahwinan di sebuah hotel . Tapi ketika aku berangan tu aku tak terbayang pulak wajah orang-orang kampung @ sedara mara akan duk santap depan aku ketika bersanding…aku cuma bayangkan suasana wedding tu, dan scene ketika aku bersanding jer.  aku tak pernah pikir berapa bajet untuk kawen di hotel. aku tak pernah pikir cukup ke duit aku nak kawen kat hotel. pastu kalau aku bayangkan aku bersanding, mestila ada pasangan kat sebelah aku. takkanlah aku bersanding sorang-sorang jekan…Korang nak tahu dengan sapa pulak aku berangan nak kawen?? mesti la lelaki kan….

aha…….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

tunggu next entry…!! kalau korang nak tahu la…kalau tak nak, aku pun takmo bagitahu.tapi aku tetap akan bagitahu kat blog aku..aku punya suka la kan.blog aku.huhuhu….sekian!

sekilas : sengal nopa ni!

Posted in cinta, me, merapu - Tagged cinta, perkahwinan

Giler! aku dah sepatutnya mula merisaukan keadaan aku.

Dec23
2009
44 Comments Written by Sekilas

Bulan ini telah membuktikan aku telah tamat belajar selama 6 bulan!! kalau ikut dari tarikh konvo memang la 2 bulan baru. tapi kalau ikutkan dari aku blah dari UiTM tu…aku dah tinggalkannya selama 6 bulan. 3 tahun belajar diploma..keje 6 bulan then sambung balik belajar ijazah 2 tahun 6 bulan…bukan jangkamasa yang pendek. dan untuk tempoh peninggalan aku selama 6 bulan ini…hakikatnya aku masih tiada pekerjaan tetap..

boleh tak korang bayangkan?? bila aku takde pekerjaan tetap..macam mana aku nak bayar duit PTPTN sebanyak RM27,000 yang belum lagi aku campur dengan kos pentadbiran 3% pada setiap tahun. WEYH..RM27k tu….aku mampu beli sebji kereta atau rumah atau kahwin atau pun aku mampu melabur untuk meniaga…tapi aku telah gunakannya untuk belajar dan percayalah aku ada guna untuk shopping. bila aku habis belajar, aku apply kerja sana sini….SEMUA nak PENGALAMAN! akhirnya, apa yang jadi pada graduan seperti aku yang mengambil jurusan perfileman?? sonang la cakap!! memang bersepah kerja untuk aku kat luar tu terutamanya dalam production house. sape kata aku takde dapat temuduga kerja kat production.? sapa kate??

Aku dapat satu interview kat FLOWVER ENTERTAINMENT RESOURCES. dia mintak aku bayar RM180 untuk bayaran pendahuluan kos pentadbiran dia. tapi penyudahnya, sampai sekarang aku tak dipanggil bekerja. gile bodohkan aku? 6 bulan yang lalu okey aku minta kerja kat situ. terang-terang aku kena tipu!! tapi lakhanat tu takmo bagi balik duit aku. bila aku tengok balik agreement aku..haram jadah!! agreement untuk consult aku jer. memang aku menyumpah 7 keturunan dia hidup susah! kat resit plak tulis no refundable! bila aku mengadu kat Jabatan Tenaga Kerja kat sini…takleh wat ape!

so pada korang-korang semua…jangan kena tipu lagi dengan company S*** ni…ingat nama AZAM, DANI, ALAM….aku still leh nampak lagi iklan kat surat khabar untuk company ni…memang S***…

lepas tu dapat interview kat company RUMAH KARYA CITRA. kalau korang tahu company siapa bagus la. ini company Erma Fatima. Dia suh aku datang interview untuk kerja akaun. then bila dia tanya aku, apa aku leh buat. aku cakap aku tahu kerja-kerja production and aku tahu wat skrip. time tu lagi 2-3 hari nak raya. Dia suh aku bagi contoh skrip yang pernah aku buat. aku dah emailkan. and then suh aku buat skrip pasal yoga..nak kena pikir konsep DLL. Sah-sah aku blur…langsung…smp tarikh dateline lepas raya..aku tak buat sebab takde idea (at the moment aku still kerja lagi la kat KSM)..kawan aku kerja situ..dia keje untuk admin. kemudian, kena buat kerja-kerja production..berhempas pulas siang malam…macam-macam kerja selain dari PM..kerja dah macam kuli salah seorang staff kat situ…tapi gaji kau tak bergerak..takde extra…now, dia dah quit! kerja kerani kat Terengganu.

Lepas tu dapat call kerja kat production Damansara. title post for the company “Journalist” …ko kalau dah baca journalist mestila ingat jadi wartawan ke…kalau kerja setakat research buat report, dan sewaktu dengannya okey. tapi bukan kerja itu..kena jadi PM merangkap pengarah, director cari krew sendiri…dan bla bla bla…so…aku kena buat semua itu untuk gaji yang sama. dah lah iklan kerja lain, dapat kerja lain.

Dapat temuduga SPA…untuk jawatan Penerbit Rancangan B27…tapi akhirnya aku gagal temuduga itu tanpa sebab yang ku ketahui. aku datang awal, pakai baju sekemas yang boleh..lengkap semua dokumen…jadi calon pertama yang masuk bilik..jawab semua soalan dengan baik..KECUALI soalan merapu dia..”Apa masalah sebenar Indonesia dan Malaysia?” bila aku bagi jawapan dia tak puas hati…dia sendiri yang bagi jawapan kat aku..cerita pang pung pang…macam emosional sangat pasal isu tu…aku cuma leh pandang dengan tiada makna.

dan sekarang…aku apply semua kerja malah ke tahap kerani pun aku apply. Ada juga yang kata “kelayakan anda begitu mengkagumkan” tapi aku tetap tak dapat jawatan kerani yang nak SPM je pun.

Bila aku try mintak kerja-kerja yang di dalam bidang aku, semua nak pengalaman. pengalaman bukan sikit-sikit 3-4 tahun oke…bidang lain pun sama. even dia tulis apa-apa kelayakan sekalipun..tapi mesti terselit juga PENGALAMAN 2 TAHUN DIPERLUKAN. atau paling-paling tidak..MESTI TAHU BERBAHASA MANDARIN.

so….di mana aku ingin dapatkan wang untuk bayar hutang aku kat PTPTN ni?? semakin hari semakin bertambahlah hutang tu nanti dengan kos pentadbiran yang dorang cas. *SIGH* .

Aku jenguk laman web PTPTN…dorang siap bagi formula jadual bayaran balik duit pinjaman. tapi aku sepatah haram tak paham..korang agak korang leh paham tak jadual ni?

Sekarang aku masih lagi mencuba dan terus mencuba mendapatkan pekerjaan tetap agar aku dapat bayar bali semua hutang aku dengan ptptn tu…! umur 18 tahun lagi dah berhutang. penyudahnya sampai usia 24 tahun ni…aku masih buntu untuk bayar hutang-hutang tu semua..

sekilas : kalau korang ada kerja kosong tuk aku, meh bagi aku try!

Posted in info, me - Tagged Flowver entertainment resource, hutang, production house, PTPTN, rumah karya citra, UITM

kreatif jugak eh…

Dec23
2009
7 Comments Written by Sekilas

TITLE DI ATAS TIADA KENA MENGENA DENGAN ENTRY INI!!!

 

Aku bosan kan.

takde kerja kat opis kan.

so takyah la korang nak jeles-jeles sebab aku takde keje yang nak dibuat.

lepas ni maybe korang leh gelak-gelak kan aku kan sebab kontrak aku nak abis bulan Januari ni.

jadi aku lagi la takde keje kan. lagi best kan.

tapi sapa nak bagi aku duit kan kalau takde keje kan.

jadi inila keje aku kat opis..google-google..pastu jumpa benda-benda menarik, aku share ngan korang kan.

 

 

sekilas : apalah nak jadi ngan aku ni?

 

 

Posted in masyarakat, me, merapu - Tagged pelik, pelik tapi benar

hangin jugak aku dengan budak ni

Dec23
2009
11 Comments Written by Sekilas

bukanlah nak kata apa…tapi orang lain pun ada perasaan jugak. ada juga nak rasa marah cam ko..ade jugak rasa nak melenting cam kau. tapi tengok la pada apa dan dengan siapa?

aku takde masalah dengan kau..tetiba kau nak melenting ngan aku apahal..? aku cakap elok-elok je kot! ko takyah tetiba nak tunjuk rasa marah kau kat aku.

senang cakap la…ko kalau bercerita nak gebang….takyah dah menunjuk-nunjuk sgt bro..! apa inga ko sorang je ke gembira kat dunia ni. orang lain pun happy gak…ceria jugak…paling senang aku nak cakap, kau ni macam baru jumpa pompuan la…sebelum ni kau gay agaknya!!

korang…ha..korang yang tengah baca blog aku ni..gerenti tengah duk pusing kepala, kecik-kecikkan mata garu otak nak pikir aku ni marah pasal siapa dan kenapa? ko ingat aku nak bagitahu…jangan harap la…

budak ni memang bikin panas jerk. Sikit-sikit sudah la..kadang-kadang tu lagi aku berangin ngan dia ni, orang lain tak citer pasal dia, dia duk sibuk-sibuk nak cari pasal ngan orang lain. duduk diam-diam buat hal ko sudah!

ada aku kisah pasal hidup kau?? kau nak buat apa ke kau punya pasal la.

beb…ini emosi bole jadi rekaan bole jadi betul…so terpulang la dengan korang kalau korang rasa aku betul-betul marah atau aku saja-saja buat marah dengna orang…Cerita di atas ada yang benar ada yang tidak, demi menjaga hati pelbagai pihak..sebab aku amrah-marah orang pun, aku tahu nak jaga hati orang..tahu perasaan orang..dan tahu nak jaga hubungan dengan orang…kalau kau yang baca ni terasa dengan apa yang aku tulis..bukan tanggungjawab aku. sebab aku tak mention apa-apa nama..aku tak sebut apa-apa tempat…aku tak kata apa-apa pun pasal kau..ada..ada??? takde kan…kalau ada..sila buktikan..sebab aku dan kata cerita atas ada yang benar dan ada yang tidak..maksudnya aku terpaksa menokok tambahkan cerita-cerita tersebut untuk menjadikan kemarahan aku ini menjadi..

huhuhu…mengarut dah ni..oke la….selamat bekerja bagi semua pekerja yang ada kerja…selamat mengular bagi pekerja yang takde kerja..selamat beristirehat pada yang tak bekerja…

Posted in masyarakat, me, merapu - Tagged Emosi berganda

Agak mengom jugaklah tindakan aku

Dec22
2009
5 Comments Written by Sekilas

kononnya aku ni pandai sangat la nak pi tukar theme blog aku yang comel ni..tah apa-apa theme tah aku dapat, pastu aku try activate kan..tah macam-macam rupa la jadinya…ade yang takde function untuk widget lar..ponin..ponin…

Time aku tukar-tuakr theme tu, aku parasan jugak ada visitor kat blog aku. gerenti dorang pun pening tengok theme blog aku bertukar-tukar. Harap maap la yerk…aku ni tak pandai sangat bab-bab tukar theme and layout ni…Si Adney ni tah bila-bila lar nak ajar aku agaknya…

So aku telah menghabiskan waktu eptangku menuju jam 4.30 petang dengan bertukar-tukar theme. Dengan nuffnang punya code pun terpaksa aku buat balik semula…huhuhu…

Well…jumpa esok hari…arini takde entry menarik sgt..ekceli ada la..tapi aku takde gambar tak syiok la nak story…bule je kang kalau nak story..tapi kata orang sekeping gambar dapat menerangkan segala-galanya…betul tak?? contoh macam gambar kat bawah ni….errr….aku nak balik rumah dulu yer!! bye2..assalammualaikum! tak jawab dosa! hehehe

sekilas : pulang marilah pulang..marilah pulang bersama-sama…

Posted in me - Tagged Theme

Sila jangan memualkan diri korang oke…

Dec22
2009
9 Comments Written by Sekilas

Rentetan daripada permintaan orang ramai kat opis ni…ramai ke ? Nida, Lily, Kak Umie and Kak Nurul. Cekgu aku kate, kalau lebih dari 2 orang kategori ramai. huhuhu…dan juga permintaan Nizaa time dia komen entry aku ini.

Maka hari ini aku telah menge’test’ tudung pemberian eDast seperti yang telah aku war-war kan..huhuhu…Itupun aku bawa dulu tudung ni pi opis…pastu aku suh Nida tolong ajar aku camne nak pakai tudung ni. nak harap aku pakai terus..memang selebet la jawabnya. Aku ni mana la reti nak pakai tudung cenggini. Selalu-selalu pakai tudung bawal jerk…

Si Nida ni plak…memang suke nak wat eksperimen memakai tudung camni kat kepala aku ni…maka dengan itu korang akan mula julingkan mata dan mualkan tekak atau mungkin muntah tengok aku pakai tudung ini dengan wajah yang giler control ayu…hahaha….sila-silakan yer…

Ini adalah gambar control ayu melalui eksperimen memakai tudung versi yang pertama…hahaha..ayat takleh blah!

PEACE eDast…trademark eDast tu…huhuhu…

Okey…ini adalah gambar control ayu nak giler tudung versi kedua…

hahaha…mesti korang mula menggaru-garu anak tekak kan….lalalala…ada aku kesah?? versi satu tu dan dua tu sememangnya lain…sebab yang kedua tu dia ade lipat skit macam kita pakai tudung bawal tu la kan…yang first tu macam pakai selendang biasa tu la…aku ni folow je si Nida tu nak pakaikan..hahaha…pastu penyudahnya aku buka balk, pakai semula tudung bawal ku..ekekeke…sorry guys…lenkali la aku pakai.

sekian untuk entry kali ini…jumpa lagi di lain entry…cau cincau satu gelas besar!!

sekilas : comel ke?? layaannnnzzz….

Posted in me - Tagged Butik eDast, tudung eDast

Mariana, Zombieland dan My Cinta

Dec21
2009
7 Comments Written by Sekilas

aha…..Semalam hari yang best! cewah…asal happy hari best. asal sedey hari tak best…huhuhu…

Semalam my bff, June datang amek aku kat rumah kul 2 petang. Kitorang nak gi kenduri kawen Mariana. Aku lupa plak nak cakap ngan akak aku yang aku gi kenduri kawen dia. padahal akak aku kenal dia tuh. tapi tu la..aku tak bawa camera. jadi pakai camera June jer. pastu lupa plak nak suh dia transfer kat laptop. So takdela gambar ngan pengantin. huhuhu…nak tunggu jumpa June..lambat lagi la kot..huhuhu.. pape pun, Selamat Pengantin Baru Mariana. tapi tah cam mana, terjumpa lak sepupu aku Asyraf (adik kak ayu). Rupenya mamat tu satu kolej ngan pengantin lelaki. ikutkan pengantin lelaki tu pun aku kenal jugak. ala dorang ni semua kawan zaman-zaman sekolah la kan. keciknya dunia kan…gamabr sepupu aku tu pun ader amek..tapi maap lagi sekali..ada dalam kamera June. (baek toksah citerkan)

okey…lepas tu, kitorang gi Cineleisure Damansara…al kisahnya aku nak jumpa My Cinta. Dia kan dah balik dari Sarawak hari Jumaat lepas. Lama dah tak jumpa dia nak cintan cintun. huhuhu…Tak pasal2, June pun nak gi sana jugak sebab nak gi Petrosains dah lewat. dah tutup kot time tuh. Last-last kunun dia nak bawa adek dia ke sana, sebab adek dia duk merengek kata tak pernah pegi Damansara. Leh caya ker? leh la kot usia dia baru 14 tahun. Sampai Cineleisure, aku jumpa My Cinta. Kitorang terus ke kaunter tiket wayang. huhuhu…pi beli tiket tengok movie Zombieland. June and adek2 dia + anak dia la…tengok Avatar. untuk kali kedua buat June la. tapi aku ajak My Cinta tengok Avatar takmo..padahal aku nak tengok lagi sekali pun takpe kot. citer tu memang BEST! lupa lak nak review!! tapi best la…

Standee AVATAR kat Cineleisure - budak tu muka cam bengang jerk, pesal eh?

Oke, sementara tunggu nak masuk wayang. kitorang layan karok dulu ….konon beli smpai 8 lagu..7 lagu je sempat nanyi..sebab dah lewat masuk wayang. tula nopa, duk memilih sangat lagu. masuk lewat 2-3 minit jugak lah.

Pada aku….Zombieland lebey kurang cam Scary Movie. Komedi Seram yang sangat 18 SG oke…tapi cerita dia memang buat aku gelak berdekah. tapi tiap kali aku gelak aku tengok My Cinta..muka dia rilek jer…senyum sikit2 jerk..Ceh! aku je yang beriya…ekceli takdela gelak terbahak-bahak kan….tapi, memang menghiburkan la…tapi My Cinta tak berapa nak enjoy kot.

sebelum masuk wayang...

ekceli My Cinta suh korang teka apa yang kat belakang kitorang tu bercahaya...?huhuhu

kuar wayang…aku pun tanya dia..tak best ke citer tu? orang gelak sikitnya kuat…dia rilek jerk…boleh tak, dia jawab kat aku. dia tak paham citer tuh? so apa lawak yang sedang berlaku pun dia tak paham la. sungguh hampeh…

sekilas : moral of the story - tontonlah Zombieland dengan kawan2..bukan dengan kekasihmu..

Posted in cinta, friends, me - Tagged Avatar, Cineleisure, wedding, Zombieland

Contoh Soalan Temuduga Kerajaan – SPA

Dec21
2009
15 Comments Written by Sekilas

 

Dapat temuduga SPA? Ingin mengetahui soalan-soalan yang menjadi kebarangkalian diajukan kepada anda? Mungkin di bawah ini salah satu daripadanya….Selamat berjaya!!

1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?

2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?

5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?

7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?

8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?

9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?

11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?

12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?

13. Mengapa anda memohon jawatan ini?

14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?

15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?

16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?

17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain.

18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?

19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?

20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.

Sumber : skorcareer

Copy and paste from : jobsmalaysia info

sekilas : siyes, ada di antara soalan-soalan ni yang pernah diajukan kepada aku. tapi memang bukan rezeki aku lagi…usaha dan cuba lagi. caiyok!

Posted in info - Tagged soalan-soalan temuduga, tips temuduga

Hadiah dah sampai…yeah!

Dec17
2009
2 Comments Written by Sekilas

~~~ :-)

Walaupun hanya hadiah saguhati yang bernilai RM20. tetapi aku ingin mengucapkan juta-juta terima kasih kat pemilik butik eDast kerana sudi poskan hadiah itu ke rumah ku.ingat tak aku sibuk promote kat korang dalam blog aku please vote for me……aku dapat tempat ke-4…dengan hadiah saguhati.

apa-apa pun terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi undi aku time tu. agaknya tak cukup kempen lagi ni. tu yang tak ramai yang nak undi. apa-apa pun aku masuk contest ni untuk berkenal-kenalan dengan blogger lain. mana tahu ader apa-apa event terjumpa leh lah kita tegur menegur. bak kata eDast nak merapatkan silaturrahim.

yang warna hitam tu dia bagi anak tudung / scarf

saja takmo buka kasi korang tengok. aku ni jarang sangat pakai tudung shawl camni….selalu pakai tudung bese jerk. so, maybe eDast punya tudung ni menjadi permulaan buat daku kan…nantikan episod baru dalam hidupku. muahahaha…macam hampeh je.

sekilas : aku ni dah tembam, pakai tudung camtu lagi tembam la gamaknye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me, Uncategorized - Tagged Butik eDast, eDast
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress