• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Lagi cerita hujung minggu yang lalu

Dec29
2009
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua….sehat tak? baguih…kalau tak sehat, pi jumpa doktor, suh dia peksa apa sakitnya, apa ubatnya?

oke…kalau korang masuk blog aku ni mestila nak taw story mory yang terbaru. tapi ni baru tak baru sangat la. Hari Sabtu yang lalu, aku dan parents aku termasuk anak buah aku yang comel bernama Anis Suffiyah telah pergi kenduri kawen kat Batu Berendam Melaka.

Perjalanan bermula jam 9 pagi dari Pandan Indah menaiki kereta kancil yang dipandu oleh aku sendiri. Sampai Melaka lebih kurang jam 11 pagi kerana kami ada juga berhenti di RnR untuk sarapan pagi. Sampai je Melaka terus nak cari Giant. hahaha…bukan nak gi kenduri kawen terus kan. nak taw sebab apa? sebab seluar ayah aku koyak. huhuhu…dasat la ayah aku ni. jadi kami terpaksa mencari seluar baru untuk dia. takkan nak gi kenduri kawen pakai seluar koyak. koyak kat belakang lak tu…lepas beli tanya kat orang Giant tu, takde lak tempat nak potong seluar. sebab seluar tu labuh kemain. Maka, dengan kuasa yang ada pada aku…aku telah membeli jarum dan benang.

aku menggunakan segala kuasa veto yang ada untuk menjahit bawah seluar tu. ala jahit cincai jer…janji terlipat dan takdelah labuh macam apa je. ayah aku dengan gamble nya telah menukar seluar di dalam kereta. hahahaha…tapi time tu ada kat parking Giant la..apa nama Giant tu eh..Giant Bachang. haa..itula namanya.

Pastu terus ke rumah pengantin. Makan makan..tunggu pengantin bersiap. tema nya hitam putih. nama pengantin…?? hurm…aku pun tak taw..hahaha…boleh tak? aku datang makan jer. tu pun sebab mak aku ajak. kalau tak…jangan harap la.

Selamat Pengantin Baru kak..

kemudian…mak aku teringin sangat nak naik kapal kat sungai tu..huhuhu…kat bandar hilir kot. aku nak gak awa..tapi korang tau la….sekarang ni..cuti sekolah…kebetulan lak aritu pas Krismas lak. hambek kaw…penuh giler kawasan dataran pahlawan tu. nak cari parking dekat sejam baru dapat. Tu pun lepas gi singgah masjid sembahyang dulu. bila dapat parking ko tahu ayah aku kata ape ? “sebenarnya, ayah dah doa dah tadi kat masjid, sebab tu kita dapat parking ni” layan jerr….tapi memang nasib kitorang sgt baek. sebenarnya tengah beratur nak masuk kawasan parking. tapi orang tu tutup parking tu. pastu ader kete nak kuar. kitorang kena undur la sebab dah block keta dia. dah undur..apa lagi..masuk lar terus parking. orang kat depan pun tak dapat2 parking lagi. hehehe…Alhamdulillah.

disebabkan ramai orang, maka tak tercapai hajat mak aku nak gi naik kapal kat sungai. ekceli, aku sendiri tak tahu kapal aper, sungai mana? aku tak pernah pegi pun. kitorang jalan-jalan jer sekitar Dataran Pahlawan tu. so…layan jer ini gambar yer…

ketika ini Anis mengada-ngada taik kuda. nak amek gambar pun takmo.

 

Pasangan kekasih yang dah senior citizen sedang bercinta di Dataran Pahlawan, Melaka

Wa & Anis

Anis : Kenapa kapal terbang ni tak terbang?

 

Anis : Kenapa Keretapi ni tak buka pintu?

Ader satu lagi tempat Anis pergi kat Kereta Lembu. dia takmo amek gamabr kat situ sebab takut. Dia kata : Eii lembu mati. bijak betul budak kecik ni bercakap. geram jer aku. Dalam kereta balik-balik nyanyi lagu Aku bukanlah superman, aku juga bisa nanges. ulang-ulang. tak jemu ke dik oii.. 

lepastu dalam kul 4 petang kami bertolak balik…Jalan sesak tak hengat. Dari Melaka nak kuar higway lalu depan Zoo Melaka tu dah sesak. sampai la ke highway…aku stuck dalam traffic jam tu selama 4 jam. Kul 8 baru aku lepas Seremban. Malah aku sempat call HotFm lagi mengadu kat Suraya tu. hahaha….

okey la..mau rilek2 kejap..ade lagi story nak hudpet….cau cincau 50 sen satu!

sekilas : nak culik je Anis Suffiyah ni duk kat Kolumpo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada masa baca yang ini pulak :

  • I’m Sorry =(
  • Entry Hari ini : Ucap selamat!
  • Aku geram betul dengan Zulfadhli ni tau!
  • Laporan hujung minggu : kenduri & bola
Posted in family, me, peristiwa - Tagged Bandar Hilir, Batu berendam, DAtaran Pahlawan, Kenduri, Melaka
SHARE THIS Twitter Facebook Delicious StumbleUpon E-mail
← orang kata : rezeki jangan ditolak.
Sunway Pyramid Ice →

2 Comments

  1. aidi-safuan's Gravatar aidi-safuan
    29/12/2009 at 11:48 am | Permalink

    hahaha…minat bebenar dengan lagu superman tuh.huhu

    Reply
  2. Sekilas's Gravatar Sekilas
    29/12/2009 at 12:12 pm | Permalink

    @aidi, toksah ckp ar…memang lagu pebret dia tu. satu lagi lagu adam stacy meletop! hahaha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Resepi : Kek Batik
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress