Dapat temuduga SPA? Ingin mengetahui soalan-soalan yang menjadi kebarangkalian diajukan kepada anda? Mungkin di bawah ini salah satu daripadanya….Selamat berjaya!!
1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?
2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?
5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?
6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?
8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?
9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?
10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?
11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?
12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?
13. Mengapa anda memohon jawatan ini?
14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?
16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?
17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain.
18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.
Sumber : skorcareer
Copy and paste from : jobsmalaysia info
sekilas : siyes, ada di antara soalan-soalan ni yang pernah diajukan kepada aku. tapi memang bukan rezeki aku lagi…usaha dan cuba lagi. caiyok!






kalu asyik di temuduga jer..kerja x dpaat2 gak cam ner tu??
ni bg tips jer lebey…cpt la g temuduga tuk dptkan kerja tu..
muahahhaaaaaaaaaaaa
thanks!!
le i copy for personal reference?
pink ~~ boleh2..sila lah copy..moga2 kita dapat kerja tetap dengan jayanya..huhuhu…
sumijelly ~~ sila carikan daku kerja..hahaha
wah.bukan main soalan untuk orang government nih.
tapi prestasi still xleh bersaing dengan orang swasta gak.
btw, good luck~
huhuhu…ni yg lemah ni…en.aidi ni telah melemahkan semangatku…
tapi tetap gak nak keje gomen.hahahha
haha..msalahnye….xde pggil lg temuduga tuk gomen..huhu..
semangat nk keje gomen ni…
Good Luck. Gov or swasta,masing2 ada kelebihan nya tersendiri.
en. GTO ~~ betul2…sama jerk…
Cik Ros ~~ sabar menanti la gamaknya…huhuhu..saya pun nak tggu lagi panggilan seterusnya. tah bila la kan.
i dah 5 anak..now baru je 10/2/10 yg lepas pegi interviu kt Putrajaya. masa interviu,i cakap dgn penuh yakin.mulanye yg penemuduga(dari SPA) tak pandang langsung muka i..bila soalan ‘apa yang boleh anda banggakn dgn diri anda?’…i tell the true story, i pernah menyelamatkan nyawa anak i yang kemungkinan jika i panik pada kejadian masa itu,maybe i kehilangan dia buat selama-lamanye..kedua dua penemuduga asyik mendengar kisah keberanianku.semuanye atas kekuatan diri yang diberi dari Allah.moga kekuatan ini juga,akan mencairkan hati penemuduga untuk terima i sebagai salah seorng calon yg berjaya dalam temuduga..i berserah pada Allah..
@puan bedoh.., mudah-mudahan penemuduga tu daptla pilih awk utk jawatan itu..insyaAllah…
salam..tgh semangat google tuk soalan spa nie..n terjumpa pulak untuk temuduga..even masih jauh lagi tmuduga nie, btw, thank u for the questions
@cutiesifa, takpe…persediaan tu penting…selamat maju jaya ! (:
saya dapat inteviu keje swasta..
ntah ape soalannya.
saya stadi pasal company n soalan yg biasa ditanya.
harap sangat bole dapat position tu even xsama ngan apa yang da blaja selama ni.
tp, kalo da ada xperience senang skit.baru orang pandang. masa tu kalo nak cari “dreamed job” pon dah xd hal..
doakan saya berjaya!huuu
@NUR KASEH, biasala…saya pun belajar bidang lain. akhirnya dapat kerja swasta di bidang lain. apa pun kerja yg kita dpt terima je dulu. rezeki yang lebih baik akan datang tak lama lagi. insyaAllah…
semoga berjaya!! nanti leh tinggal komen lagi yek!
sy pnah dpt sesi tmuduga kelayakan spa..latihan separa perubatan.
tp x dapat pun tawaran tu.dpt pngalaman je pegi tmuduga.itu pun dh ok la bgi sya.sy nk kongsi ckit tips2 untuk pegi tmuduga ni.
contoh soalan tmuduga yg ada dlm blog ni mmg betul.sy stuju sgt2..
tp boleh kan sy nk kongsi ckit pngalaman sy.
-jgn lewat taw pegi tmpt tmuduga.
-pstikan dh isi smua borang2 yg diperlukan
-bgi lelaki potong rmbut tu biar nmpak kemas
-jga adab pergaulan dgn rkn2 di tmpt tmuduga.anda mngkin diperhati..
pss: sy xdpt twran tu mngkin sbb xperfect prkara kt ats tu la..hehe tp
dah amik pngajaran.ok la xdpt pun.skrg belajar kt U. nnti klau nk
interview kerja, at least dh ada pngalaman kan.
sy dh beli ebook ini.bagus taw.rsa rugi pulak x beli sblm pegi tmuduga.
nk tngok klik sini.
http://hafizlidin.jomniaga.com/go/920625