• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

kisah seorang wanita

Dec13
2009
3 Comments Written by Sekilas

 

Kisah benar yang berlaku…huhuhu….macam la nak citer hantu kan.

 

Dulu wanita ini hidup tidak senang sangat.

Duduk rumah setinggan. Jalan berlopak-lopak menuju ke rumah. Atapnya ada yang bocor. Bilik berkongsi-kongsi dengan adiknya.

Dulu wanita ini hidup social tapi masih lagi ingat pesan ibunya. Jangan buat benda jahat dan jangan sentuh benda tak elok.

Dulu adik beradikanya punya pelbagai masalah. Ada yang tidak bersekolah, ada yang nakal pada zaman-zaman itu dan sukar untuk dikawal.

Dulu wanita ini ramai peminat. Sampai ada yang sanggup menunggu jawapan setiap saat tanpa jemu.

Dulu wanita ini tidak cerdik macam yang lain. Keputusan SPM tidak cemerlang tapi Alhamdulillah dapat lulus persekolahan.

Dulu wanita ini pernah mencintai seorang lelaki sepenuh hati. Tapi sayang lelaki itu sudah bertunang. Digagahkan hati untuk terima kenyataan. Meneruskan hubungan tanpa ada kepastian.

Dulu wanita ini kurang mendapat kasih sayang dari seorang lelaki yang digelar ayah. Ayahnya merantau jauh di mata sehinggakan setahun sekali sahaja dapat berjumpa.

Dulu wanita ini juga punya masalah, sehingga sanggup tidak pulang ke rumah. Tapi demi kasih pada ibunya dia tak rela untuk menyakiti hati orang yang melahirkannya itu. Pulang juga dan dipekakkan telinga mendengar segala caci maki.

Aku kenali wanita ini, ketika usiaku 13 tahun. Kami bersama-sama sertai pasukan bola jaring. Beralih pula dengan bola baling. Prestasi kami dalam sukan cemerlang. Begitu juga dengannya. Atau paling mudah untuk ku katakan, dia lebih cemerlang di dalam sukan berbanding aku.

Kami satu pasukan rumah sukan ketika sekolah dahulu. Aku tak lupa nyanyian rumah sukan kami ketika kami sama-sama menyanyikannya. Kami masuk acara lari berganti. Lompat jauh. Lompat kijang. Tapi aku gagal bersaing dengannya acara 100 meter. Kakinya panjang. Maklumlah orangnya tinggi.

Tipu kami tak pernah buat nakal zaman sekolah. Kami pernah ponteng sekolah bersama-sama. Lepak di Paragon Point, kemudian di Federal Bowl KL. Aktiviti kami hanya bermain bowling dan berjumpa kawan-kawan. Sumpah, kami tak buat jahat.

Bila study, wanita ini agak ketinggalan. Kelas kami juga tak sama. Dia aliran perdagangan. Aku aliran Akaun. Apa ada pada kelas dan kedudukan? Kami tetap berkawan.

Satu ketika dulu, dia pernah berkata “Mak aku tak bagi ajak kawan-kawan datang rumah. Rumah aku buruk. Takut malukan aku. Tapi kau dah biasa. Aku tahu kau tak kisahkan?” tak pernah aku fikir ke situ. Aku berkawan dengan dia sama macam orang lain. Dan dia memang antara kawan baik dan terbaik bagi aku.

Tipu kalau aku kata aku tak pernah berantakan dengan wanita ini. Kami pernah tak bertegur sapa di sekolah. Gara-gara sikapnya yang kasar dan nampak pentingkan diri. Okey, aku juga pentingkan diri. Tapi gaduh budak-budak kami, bukan bertarik-tarik tudung macam budak-budak sekolah sekarang. Angkat kain tendang-tendang orang. Dulu, otai-otai perempuan sekolah hanya lipat lengan baju dan cakap kurang hajar.  Time tu pun orang dah panggil otai. Sekarang kena tunjuk skill tendang dan memukul, baru leh cakap otai kan…sambil-sambil tu minta kawan sekolah rakam guna hp.itu sekarang. Bukan zaman kami dulu.

Tapi aku tak tahu macam mana kami berbaik. Kami kawan macam biasa jugak. Mak dia pernah berkata “korang ni kalau dunia ni terbalik atas bawah pun, korang tetap berjumpa dan berkawan” sambil-sambil tu mak dia akan gelak ketawa dan tepuk-tepuk bahu aku. Aku senyum je.

Wanita ini cun! Pada aku dia memang la cantik. Kalau tak, takkan pulak ada yang dengki nak amik semua lelaki yang sukakannya. Aku tak nak sebut mana-mana nama. Benda dah lepas. Lama sangat dah berlalu.

Mana tak cun, dia ni anak kacukan. Hehehe… Aku Cuma pernah berjumpa dengan ayahnya sekali seumur hidup aku. Dan akhirnya, aku dapat tahu ayahnya dah pun meninggal dunia. Tapi bukan di Malaysia. Di negara lain. Sedihkan kita tak dapat jumpa jenazah ayah sendiri. Tapi dia tetap tabah.

Habis sekolah, aku sambung pengajian di universiti. Wanita ini teruskan kehidupan baru dengan bekerja. Tapi, selagi belum ada rasa bersedia. Cuba jela kerja apa pun sekejap je bertahan. Banyak juga tempat dia bekerja. Sehinggakan ramailah kenalan dia di merata tempat. Takdelah nak kata dia popular macma artis. Tapi kalau ditimpa susah, ada jugaklah kawan yang dapat membantu. Alhamdulillah, walaupun kawan-kawan semua nakal ketika itu, tapi mereka baik dengan wanita ini. Dia pandai pilih kawan.

Kami still keep in touch. Aku belajar pun bukan jauh sangat pun. Shah Alam – Pandan Indah, jauh sangat ke?

Kadang-kadang bila lepak, ingat zaman-zaman sekolah. “kau ingat tak time hari jadi kau dulu. (usia aku 16 tahun). Kita lepak bawah jambatan ni (taman KLCC) waktu hujan. Kemudian, kau berangan nak mandi hujan kalau kau bawa baju spare.” Kata dia.

Memang itu lah yang akan di sebut ketika lewati taman KLCC tu. Kemudian, raikan hari jadi aku dengan makan sizzling di food court KLCC. Sizzling tu harganya RM5.50 kalau letak telur. Budak sekolah ketika usia itu, rasa macam gempak je makan dengan harga itu. padahal KFC lagi mahal kan.

 Time tu tipula kalau aku kata kami tak bercinta monyet. Tapi cinta dia lain. Waktu aku bercinta dia single. Bukan takde orang yang minat. Dia sukakan orang lain. Orang tu pula lambat sikit dia baru dapat bercinta. Jadinya biasa-biasa kalau aku melepak dengan bf aku, dia akan lepak dengan kawan-kawan bf ku. Kami like a family. Kami kenal ibu ayah akak abang adik….ipar…hehehe…seluruh keluarga bf aku dulu tu jadi kawan kitorang. tapi jodoh aku dengan bf ku dulu pun tak panjang. KLCC tu banyak jadi saksi.

Zaman dulu, ada budak hiphop, budak skate…sekarang pun ada. Tapi sekarang korang tengok ada ke guard KLCC tu nak bagi korang duduk melepak depan tangga sambil bersila dan buat bulatan. Macam ada puak-puak la. Silap-silap kena bunyi wisel dan dihalau. Lepas 10 malam pun dah takleh lepak taman okey. Maksiat gitu! Dulu kami melepak ramai-ramai. Bukan couple-couple yer..jadi suasana happening. Banyak konsert-konsert buat kat KLCC. Dapat tengok free. Sekarang, aku hanya boleh senyum ingat semua tu.

Tapi, rapat-rapat kami pun tak semua perkara aku tahu tentang dia sebab aku dah tak dapat jumpa dia macam selalu ketika sekolah dulu. Kawan aku pun dah bertambah. Jurang kami sikit berubah. Tapi aku atau dia tetap berhubung dan masih melepak. Sebab tu bila tiba-tiba wanita ini cakap dia nak kawen aku terkejut beruk. Sebab lelaki pilihannya itu bukan orang Malaysia. Banyak kali aku tanya keputusannya. Maklumlah usia masih muda (aku masih belajar okey, baru 2 tahun pengajian).

Dia kata “lelaki ini nak ubah hidup aku. Nak dapatkan aku secara sah. Mak aku pun setuju dari tengok aku takde hala tuju”.

Alhamdulillah…kalau ibu dah restu semuanya berjalan lancar. Perkahwinan benar-benar mengubah kehidupannya. Dulu dia ada seorang bapa angkat (aku consider bapa angkat sebab lelaki ni banyak  bantu keluarga dia dan dia juga ada anak-anak sebaya kami). Bapa angkat dia kata, “lelaki yang nak kawen dengan dia ni memang seorang yang berani. Kalau dia dah amek keputusan nak kawen, bermakna lelaki ini memang dah bersedia untuk mengawal dia, melembutkan hatinya dan dapat menerimanya seadanya”.

Kenapa bapa angkatnya kata begitu? Wanita yang saya kenali ini hatinya keras. Perwatakannya kasar. Dia cepat marah kalau ada yang tak kena, atau tak dapat melakukan sesuatu. Tapi hatinya sangat baik. Hanya orang yang benar-benar memahaminya akan terimanya seadanya. Tapi pada aku, ramai yang dapat menahan rasa hati bila berdepan dengan wanita ini. sebab kadang-kadang aku sendiri pelik. Macam mana la lelaki-lelaki yang sukakannya boleh bertahan dengan dia yang cepat sangat nak marah dan mengamuk kalau ada yang tak kena. Sedangkan aku sendiri pun duk terasa hati.Itulah maksud bapa angkatnya. Bakal suaminya itu benar-benar dapat menerimanya dan bersedia mengawal keadaan.

Aku percaya Allah itu Maha Adil dan berkuasa. Dengan mengikat satu hubungan yang sah. Akhirnya dia dapat hidup yang lebih baik dari sebelumnya. Biarpun ramai yang menyangka hidupnya senang selepas berkahwin tapi tiada siapa yang tahu apa yang berlaku dalam mahligai yang dibinanya.  Mereka berusaha dari bawah membuka satu perniagaan. Berkat kegigihan suami dan kesabarannya, perniagaannya maju biarpun pernah mengalami kegagalan pada peringkat awalnya.

Wanita ini seperti keadaannya sebelum berkahwinnya memang mudah marah. Alhamdulillah, suami sangat sabar menghadapi keadaan. Beruntung wanita ini memilikinya yang dapat bertolak ansur. Pergolakan rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Jangan memandang kesenangan orang lain dengan mudah. Cabaran mereka sangat sukar. Suami banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing wanita ini dengan baik. Dan suaminya itu juga baik sekali dengan ku.kami memang berkenalan dulu sebelum wanita ini mengambil keputusan untuk berkahwin.

Wanita ini pernah katakan “orang ingat aku ni kawen terus hidup senang, macam-macam dugaan tau. Lagi-lagi baru nak meniaga. Pernah jugak duit simpanan terus susut sebelum amik keputusan untuk meniaga.” Benar. Bukan senang untuk terus senang. Banyak cabarannya.

Tapi siapa sangka. Wanita yang dulu katanya malu untuk ajak kawan-kawan datang ke rumah, wanita yang tidak cemerlang keputusannya di dalam SPM, wanita yang pernah gagal bercinta dengan seorang lelaki yang pernah bertunang, wanita yang punya adik beradik yang nakal, wanita yang menjadi harapan keluarga ini lah yang telah merubah segalanya.

Adik beradiknya bukan seperti dulu lagi. Mereka mampu berdikari sendiri. Tidak lagi menyusahkan keluarga. Malah ada yang sudah mendirikan rumahtangga dengan hasil sendiri tanpa perlu bantuan wanita ini.

Rumahnya bukan lagi seperti dulu. Dengan keluarga yang bahagia, memiliki dua puteri yang sangat comel. Suami berikan sebuah rumah yang selesa biarpun bukan macam rumah Mawi atau Linda Onn. Hidup sederhana yang diamalkannya dilihat sebagai langkah yang bijak. Dia bersyukur membuat keputusan berkahwin pada usia muda.

Dan kini wanita ini lah yang banyak meluangkan masa denganku. Dia tidak pernah lupakan aku walaupun hidupnya senang. Kami masih lagi keluar bersama. Gelak ketawa dan mengimbau segala kenangan lalu.

Suaminya begitu memahaminya. Asalkan dengan ku dan orang-orang yang dikenalinya, restu suami selalu mengiringi. Aku sendiri menjadi malu berdepan dengannya. Aku yang berhempas pulas, belajar setinggi yang ku mampu…tapi masih lagi belum capai kejayaan seperti yang dimilikinya.

Banyak perkara yang kami kongsi bersama biarpun usia meningkat dewasa. Perkara yang baik kami simpan buat panduan agar hidup lebih bertambah baik.

Tiada apa lagi yang mampu ku katakan tentang dirinya selain bangga dengan kejayaannya dan bertuah menjadi salah seorang kawan kepadanya.

Tujuanku coretkan kisah ini kerana aku merasakan dia terlalu baik melayaniku. Sedangkan tiada apa yang dapat aku balas sebagai rakan selain terus mendoakan kejayaan dirinya dan keluarga dunia akhirat.

Sahabatku,

Kiranya kau membaca coretan ini, aku ingin kau tahu tidak pernah terniat dihati ini untuk menumpang segala kesenangan yang kau miliki. Amat memadai bila kau tak pernah lupakan rakan-rakanmu. Bukan hanya aku, tapi mereka-mereka yang pernah kau kenali. Aku bangga dengan sikapmu itu. Yang paling penting, kasih sayangmu pada keluarga. Kau berusaha memberi kebahagiaan kepada ibumu dan adik beradikmu. Tahniah! Akhirnya kau mampu membuka mata orang-orang yang pernah menjatuhkan keluargamu. Maafkan aku kiranya aku pernah melakukan silap terhadapmu. Semoga kau terus tabah menghadapi kehidupanmu di masa hadapan.

Ikhlas dariku,

Achik.

Sekilas : Sebenarnya coretan ini juga aku tulis bersempena hari jadiku pada 14 Disember ini. wanita ini keluar meraikannya lebih awal denganku. Terima kasih. Aku takkan lupa semuanya tentang kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada masa baca yang ini pulak :

  • Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai wanita
  • Andai Lelaki Tahu
  • 9 Deadly words used by a woman
  • Wajarkah ujian kehamilan dijalankan?
  • Coretan untuk sahabat lama
Posted in friends, me - Tagged bff, sahabat, wanita
SHARE THIS Twitter Facebook Delicious StumbleUpon E-mail
« Umi Nazeera dan Remy Ishak tidak bercinta??
» Kereta siapakah ini???

3 Comments

  1. aku la kn's Gravatar aku la kn
    07/05/2010 at 6:17 pm | Permalink

    best cite ni..mcm aku baru baca hari la..kan..
    cite ni mmpu buat aku mnangis..blh bt filem ni..
    aju sebagai seorg sahabat mnhargainya..
    dan x terlintas d fikiran aku..yg bkn2..

    sama2 la kita berdoa utk sahabat2 kita..
    yg terbaik..amin..
    aku masih nangis ni..huihuihuiiii

    Reply
  2. en_me's Gravatar en_me
    10/07/2010 at 8:54 am | Permalink

    terharunyerr n thanx for sharing..

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      11/07/2010 at 1:12 am | Permalink

      @en_me, ur welkam…terharu ke? saye lagi terharu biru la…. =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 5 Bulan sebelum
  • Hari Kejadian
  • Jumaat Yang Indah – Fraser Hills

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress