Harga sebuah iman

 Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari  Thailand telah  dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah  masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas  untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah  memulangkan wang baki  yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. 

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.  “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut. 

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

“Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut. “Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya”, pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku  jujur”.

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah…  Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam… Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

 ” DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT “

Ada masa baca yang ini pulak :

Tags: ,

2 Responses to “Harga sebuah iman”

  1. lumiGlow says:

    dulu sorang kiai dari indon yang sekarang ni ada dldm program astro penah ubatkan aku masa aku terkena buatan org…dan dia nyaris2 bakal jadi suami aku.masa tu umur aku belasan tahun dan pikiran budak2 lagi…x pikir panjang dan aku x nak jadi bini sekarang.sekarang bila aku pikir blk rasa menyesal sbb x terima dia jadi suami..terasa tul hati aku klu aku tengok dia kt dlm astro….ya Allah ampunkan dosa2 aku.amennnnn.

    [Reply]

  2. Sekilas says:

    yeke?? dah lepas…takyah menyesal lagi. mungkin ada yang lebih baik menanti kita di masa hadapan… ;-)

    [Reply]

Leave a Reply