Tak tahu la apa nak jadi ngan dorang ni. Tak sudah-sudah dengan kes ragut ni. Takkan la dorang ni takmo nak amek iktibar dengan apa yang berlaku sebelum ni. aku bercakap ni merujuk kepada peragut durjana ni. Dah sebelum-sebelum ni banyak kes kematian disebabkan mereka ni semua meragut…malah meragut nyawa orang yang diragut lagik.
Kalau la benda tu jadi kat dorang sendiri, family dorang..adik akak, mak sendiri….dorang marah tak? dorang sedih tak? wahai peragut-peragut sekalian….berfikirla….jangan la buat koje ghope itu lagi..eei…minta-mintala kejadian macam ni TAK BERLAKU lagi pada sesiapa….Takziah pada keluarga mangsa.
Bergelar ibu tunggal sekelip mata
Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

Noriha yang cedera parah akibat diragut masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur semalam
KUALA LUMPUR – Noriha Abdul Rahman, 28, hanya mengharapkan mahligai perkahwinannya bahagia dan berkekalan sebaik dia disahkan sebagai isteri kepada Abdul Rahman Khadladin (gambar bawah), 33, pada 27 Mei 2006 lalu.

Pasangan yang bekerja sebagai pengemas bilik dan pelayan di Hotel Ritz Charton di Jalan Imbi di sini bernikah selepas lapan bulan mereka berkenalan. Perkongsian hidup mereka kemudian dikurniakan seorang anak perempuan, Zalifah Qistina, 15 bulan.
Namun, dalam kegembiraan melayari alam perkahwinan, kelmarin menjadi hari paling malang buat Noriha apabila dia kini bergelar ibu tunggal manakala anaknya menjadi yatim.
Suami dicintainya maut akibat terjatuh dari motosikal yang ditendang oleh dua peragut di Jalan Perkasa 2, Taman Maluri di sini.
Sejam sebelum tragedi itu, pasangan itu bersama anak mereka dan kakak Noriha, Norlida, 31, berada di Jusco di Taman Maluri untuk membeli patung Mickey Mouse kegemaran Zalifah.
Noriha dan suami kemudian menunggang motosikal pulang ke rumah di Desa Pandan kerana bekerja pada pukul 4 petang. Zalifah pula dibawa pulang oleh kakak Noriha dengan kereta.
Noriha memberitahu, sebaik keluar dari Jusco, dia perasan ada sebuah motosikal Honda EX5 warna putih dinaiki dua lelaki mengekori rapat mot osikal dinaiki mereka.
Sampai di Jalan Perkasa 2, Noriha menjerit kepada suaminya: ‘abang jaga ada orang mahu himpit.’
Serentak itu, seorang lelaki telah meragut rantai leher dipakai oleh Noriha. Rantai leher emas bernilai RM2,000 itu merupakan hadiah Rahman kepada Noriha pada upacara membatalkan air sembahyang selepas mereka diijabkabulkan.





