Sekilass

A Simply Life of Me

   Dec 02

Kuih Pau by Mat Gebu

waa…apesal entri aku ni ade resepi plak ek….

ini semua kak umie punye pasal. Dia minta aku updet blog dan letakkan resepi-resepi yang dia nak. so nanti dia buka je blog aku nak cari resepi. motip?? ini bukan blog resepi kak…tapi, sikit-sikit boleh la masuk. saje-saje je kongsi info. leh gak nanti aku buat kan. Ahaks, rajin ke ko nak masak Norfa oii…

here’s the recipe of Pau yang gebu oleh Mat Gebu. sila-sila la jenguk resepi dia nanti eh..

 Bahan-bahan ( 10 biji )

UNTUK DOH:-

  • 240 g tepung “Hong Kong”, guna tepung pau pun ok
  • 1 camca teh “Double Acting” Baking Powder + 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh yis
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam*
  • 30 g gula halus*
  • 1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

UNTUK INTI:-

  • 2 biji kentang, kupas dan potong dadu kecil2
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 tin ikan tuna, hancurkan
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 camca teh minyak bijan (kalau suka)
  • 1 tangkai daun kari, dihiris halus
  • 1 tangkai daun sup, dihiris halus
  • Garam, gula dan air secukupnya

Cara-cara

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.
  2. UNTUK INTI:- Panaskan minyak masak + minyak bijan dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masukkan kentang yg tlh didadu dan juga ikan tuna. Tuang susu dan masukkan garam dan gula secukup rasa, masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan inti kering. Masukkan cincangan daun sup, gaul rata, matikan api dan sejukkan.
  3. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
  4. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
  5. Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
  6. Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.

dah siap! tanpa segan dan silu aku telah copy kesemua resepi ini…mintak maap¬† ye abg Mat Gebu..patik pinjam resepi kamu..tapi dah bagi credit taw..ngeee….tapi malas nak tepek gambar..korang buat dulu pastu bagi kat aku gambar nye eh..hehehe..

okey, kak umie..dah leh masak kuih pau. pastu jangan lupa bawa gi opis. okey!!

sekilas : suka gak masak. tapi PEMALAS.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Comments

  1. normah says:

    knp susah sy nk dptkan double acting b.powder ya???

  2. Asyalyna jamari says:

    Terima kasih krn bkongsi resipi pau.

Sudi-sudilah tinggalkan komen di sini ya.

%d bloggers like this: