• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Teater : Natrah yang kecundang akhirnya.

Dec01
2009
4 Comments Written by Sekilas

Natrah

Semalam aku bersama Julie dan juga cik Afra and her mommy…cewah! pergi menonton teater Natrah arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Semalam juga adalah pementasan hari pertama di mana ramai artis-artis yang memeriahkan panggung…meramaikan jela.memang rugi gile aku tak bawa kamera. menyesal tak sudah! huhuhu… malah TPM kita pun hadir menyaksikan teater tersebut. Walaupun begitu, aku tidak ler duduk sebaris dengan Afra dan her mom..sebab aku ngan julie duk seat lain. itu pun kami terpisah jugak lar.  Julie dok seat belakang, aku duk seat kat depan. Ceh! Memandangkan di sebelah-sebelah kami pun tiada yang kosong, alkisahnya tak dapat jugak nak mengajak Afra  duk bersama. Tapi apabila break kejap tu, Aku suh Afra ngan mak dia duk kat seat kitorg yang mula2 tuh.Dorang kate duk atas tak nampak. sorry la Afra eh..next time kite berlagak beli tiket RM200 kite tayang kat orang IB tu dan juga penonton-penonton lain kala itu. hahahahah….Tapi tak tahu la bila next time tuh.

Berbalik kepada pengisian cerita Natrah itu..huhuhu…macam nak buat review gempak je plak kan.  Sebenarnya…siyes…aku tak tahu sapa Natrah ni. Sejak mula-mula teater ini di war-warkan di surat khabar, di Kaca TV, iklan dan sebagainya..aku tak amik pusing, tak amik tahu dan tak heran langsung tentang Siapa itu Natrah?

Setelah aku sampai di IB semalam, aku dan julie membaca sinopsis kisah Natrah ni di banner-banner yang tersedia di area ‘red carpet’ tuh. Baru la aku tahu kisah itu di situ…di ulangi aku hanya tahu kisah Natrah itu di situ. Bongok aku kan! tak tahu sejarah betul (kategori sejarah jugaklah kan) Mak aku pun tahu kisah Natrah tu..aku leh tak tahu. Yela, zaman-zaman dia Natrah tu kan popular. 

*pehal la gambar aku ni kecik! hampeh tul.

Teater ini dijayakan oleh pelakon-pelakon utama iaitu Maya Karin sebagai Natrah usia 13 tahun, Remy Ishak sebagai Mansor Adabi (betul rupenya remy ni bercinta ngan umi nazerah tu ye? ingat gosip2 jerk..melepas aku kan..heheehe), Sofea Jane sebagai Natrah usia 70 tahun, dan Umie Aida sebagai Cik Aminah. ramai lagi yang menjayakan pementasan ini..tapi aku malas nak taip.

Ringkas mengenai sinopsis teater Natrah arahan Erma Fatima ini. Anak dia yang sulung berusia 19 tahun, ensem woooo… okey, iklan jap.

Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

 Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!

Okey..so korang dah tahu kan apa kisahnya Natrah ni. Aku baca dari blog ke blog pun aku tengok, dorang banyak yang mengikuti kisah Natrah ni dulu..aku? hampeh! baru la ni tahu..bongok lagi sekali pada aku. huhuhu…

Aku tertinggal babak pertama pementasan teater itu lantaran, ‘orang’ yang jaga kaunter tiket tu kan bagi aku lambat masuk. ceh! hampeh.com tul…Tahu2 dah sampai part perbicaraan mahkamah. aku tak tahula starting dia camne kan.

Okey! secara jujurnya aku sedih dan menangis melihat pementasan ni. Kisah Natrah ini patut dijadikan iktibar buat kita semua. Islam yang dipertahankan oleh Natrah dan maknya Aminah kecundang juga. Dia akhirnya mati di dalam agama Kristian setelah dimuratadkan kembali oleh keluarganya. Pada usia 13 tahun, Natrah tidak mampu untuk melawan kehendak keluarga kerana berada di bawah kuasa jagaan mereka. Kalau Natrah ini tidak mahu kembali kepada keluarga asal dan ingin terus beragama Islam..kita merasa sangat terharu dengan keberaniannya menentang dan cuba mempertahankan akidahnya dalam Islam. sedangkan asalnya Natrah itu dari Belanda dan dilahirkan dalam agama kristian.  Tapi ingatkah kita kisah Lina Joy? Asalnya wanita itu Islam tapi sedaya upaya mempertahankan dirinya untuk meneruskan ajaran Kristian. itu lagi sedih kerana kita tak dapat menahan Lina Joy yang sememangnya Islam sejak dilahirkan dari murtad.

Part last sekali buat aku takut sangat di mana Natrah berjalan menuju ke Church berdepan dengan salib besar lambang kemegahan kristian. Pergh! Ia berjaya buatkan aku gerun. Aku baru nak rasa kemuncak Natrah ketika ini, tapi itulah babak terakhir dalam pementasan Natrah.

Terasa tidak puas menonton pementasan itu kerana tidak dengan penuh penghayatan. maklumlah tiket free. cuba kalau berbayar, mesti bersungguh-sungguh aku tengok kan.

aku bagi 4/5 bintang untuk pementasan ini. Ia menarik bagi aku…lain-lain komen mengenai set, kostum, lighting….aku tak mahu komen. sebab aku tak pakar walaupun aku pernah belajar mengenainya. tapi…aku suka lagu-lagunya..dan muzik effectnya berjaya membuat aku menyelami jiwa Natrah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada masa baca yang ini pulak :

  • Maya Karin kata Yusry ada ciri-ciri lelaki idamannya
  • Filem : Khurafat ~ mendebarkan!
Posted in me, movie, peristiwa - Tagged Lina Joy, Maya KArin, Murtad, Natrah, rusuhan di Singapura, Sofea Jane, Teater NAtrah
SHARE THIS Twitter Facebook Delicious StumbleUpon E-mail
« Daging masak Lada Hitam (black pepper)
» please…vote for me!! ;-)

4 Comments

  1. Afra Yuri's Gravatar Afra Yuri
    01/12/2009 at 2:43 pm | Permalink

    Hahaha.. norfa, nampak la duk atas! sebab seat tu kat belah tgh dan bawah sikit. kalau duduk atasssss sekali mmg tak nmpak. rasanya lagi feel duk atas hehe..

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      02/12/2009 at 3:29 am | Permalink

      @Afra Yuri, takdela…ur mom yang ckp..duk atas tak nampak sgt. kene jenguk2 kepala. pastu dia cite tengok p.ramlee musical dpt dok depan. huhuhu…sebab tu suh duk depan plak. hehe…aku terus dok blkg plak…hahaha….

      Reply
  2. marya's Gravatar marya
    14/12/2009 at 10:28 am | Permalink

    huhu..
    kak erma dah cube yang terbaek utk natrah.
    :)
    n bez x scene merusoh.?
    mmg saket kaki kene pijak dengan lelaki2 yang merusoh 2.

    Reply
  3. Sekilas's Gravatar Sekilas
    14/12/2009 at 1:21 pm | Permalink

    scene merusuh tu leh tahan gak la..kamu salah seorang daripada pelakonnye ye…tahniah.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 4 Bulan Sebelum
  • Hari Kejadian

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress