• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for December, 2009

Asal tahun baru je orang nak bercerita tentang azam

Dec31
2009
1 Comment Written by Sekilas

Dan macam biasa mesti akan ada yang kata “Azam tahun lepas pun aku tak buat lagi”

Adakah azam itu menjadi satu perkara wajib kepada semua orang untuk menempuh tahun baru? Pada aku tak payah tunggu tahun baru pun kita masih boleh berazam. Cuma apabila ada lembaran baru…tarikh baru..ramai yang rasa kehidupan mesti menjadi baru seperti macik-macik yang cuba menukar langsir dan perabot rumah untuk hari raya yang lalu.

Banyak azam yang mudah dilafazkan daripada dilakukan. seperti orang yang menabur janji tapi tak penah nak tunaikan. berterbangan terus janji-janji itu. Kata orang, azam itu umpama janji terhadap diri sendiri. betul ke kata orang? ke aku yang kata..at least aku orang jugak kan? huhuhu…

aku bukanlah menanam azam. sebab untuk tahun 2009 pun aku takde azam. jadi kedatangan 2010 ni, biasa bagi aku. cuma lepas ni kene belajar tulis tarikh 14/12/10 atau 03/11/10. seronok jugak bermain dengan angka kan.

kemudian 10 tahun lagi angka itu akan bertukar 14/12/20…pergh!! entah sempat entah tidak aku sampai ke tarikh itu. Semoga Allah panjangkan umurku dan berikan kesihatan yang baik. sekarang ni pun terkial-kial lagi menempuh hidup. sampai ada yang kata aku tidak pernah berubah. huhu…tak baik taw cakap camtu.

okey…bersempena Tahun baru yang bakal menjelma…ingin aku coretkan segala kenangan aku pada tahun 2009.

JANUARI

Aku masih bergelar pelajar di Fakulti Teknologi Kreatif &Artistik, UiTM semester 7. Aku sempat join short film Wak Dol, Rumah Kecilku Ada Kelambu. Bulan ni aku masih dalam tahap malas untuk menyiapkan Tesis. al maklumlah baru-baru lagi. tak gelabah sangat. Sampaikan aku buka laptop jer aku dah mula mengantok. hehehe…cuba kalau aku niat buka laptop nak men tenet..kompom aku tak ngantok. segar bugar lagi. 

 

FEBRUARI

Aku banyak buang masa dengan rakan-rakan kat Resak. hakhak…takdelah buang masa sangat. nak release kan pala otak ni dari pikirkan soal tesis. so kitorang selalu-selalnya akan buat photoshoot…

dsc_0301

Bulan ni jugak..kakak aku melahirkan anak lelakinya yang ketiga Muhammad Zulfadhli. yang comel dan kiut!! hehe..kecik-kecik kiut ar…

 

MAC

Tak banyak benda ayng menarik melainkan ketika ini aku banyak memerah otak dengan membuat tesis dan Animasi.  Tensen toksah citer la. Aku rasa nak drop je subjek Animasi. Sebab aku tak berapa nak suka. maklumlah akun i takdela kreatif sangat. jadi bila datangnya subjek camni..aku rasa down giler. oh tapi aku tetap menten cun walaupun tensi oke…

aksiku

APRIL

Melalui satu presentation yang sangat ditakutkan oleh student-student TEKA. huhuhu…apa lagi present Tesis la..Time tu praktis tah berapa kali tah…bile dah present kena bambu lak ngan En. Norman and Pn. Rosini..tajuk tak bersesuaian la…isi tak kena la..sabo jela…lain-lain orang lain pulak pendapatnya. Mr. Khong aku kata O.K…tapi result aku…hampeh jugak kan.

dsc_0122

Menikmati William untuk kali terakhir…sebab pastu ada yang cakap tak halal..boleh tak?? huhuhu…tapi time aku makan tu tak tahu yek..so kire halal jugaklah kan..dah masuk perot..dah kuar balik dah kot.

dsc_0091

 

MEI

Bulan ni macam-macam hal gak yang berlaku. tapi paling terbesar yang aku nak share ialah majlis perkahwinan Haniff & Khairina. hahaha…aku still nak ucapkan tahniah.

COngratulation =)

 

 Aku jugak tak berapa nak sehat. asik batuk-batuk jer samapi kena bagi sample kahak kat Klinik Sek 7, Shah Alam. Jadi student ni selalu sangat dapat sakit. konon berjauhan dengan keluarga la..huhuhu poyo jerk kan.

JUN

aha…aku dah tak bergelar student UiTM lagi. time ni aku dah leh check result. huhuhu…Alhamdulillah..berita baek aku lulus. dan layak mendapat Degree. persoalannya : Adakah aku benar-benar layak? hanya Tuhan saja yang tahu.

Lepas tu aku dapat surat dari Vietnam…dari Nila…hehehe..kakak yang sangat baek pada aku. even aku tak pernah jumpa dan tak tahu pun camne rupa dia. hanya Allah, dia dan aku yang tahu apakah kebaikan yang dimilikinya. terima kasih ye kakak.

DSC03982

bulan ni gak macamhampeh sikit bile aku gi interbiu kat Flowver Entertainment Resources tu macam-macam janji manis yang ditaburkan pada aku. Sumpah sampai bila-bila aku tak lupa setiap orang yang terlibat.

JULAI

aku sedang merunsingkan diri kerana dah 2 bulan aku membesarkan badan di rumah..Time ni memang banyak dah ler keje-keje yang aku apply. Tapi belum ader rezeki lagi dapat keje ye tak? interbiu je banyak pegi tapi belum ada yang panggil. so takde sangat cerita yang menarik pada bulan ini.

OGOS

Owh…tiba-tiba aku dapat kejer..cepat la pulakkan. Aku dapat interview kat Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya atas bantuan Enche Sani yang tolong submitkan resume aku.jadi aku diterima sebagai Pekerja Khidmat Singkat. aku start keje 3 Ogos. Dan bulan ni banyak jumpa kengkawan baru la kan.

nama

Dan bulan ni jugak…aku kenal Ain yang rupenya kawan kepada SAtilah. Dan bulan ni jugak dia benti keje kat KSM.

1

SEPTEMBER

bulan ni bulan puasa dan jugak bulan raye..hehehe…of coz seme yang berlaku dalam bulan ni adalah perkara-perkara yang gembira. kalau boleh aku harapkan macam tu la kan.

10733_1214408353633_1031540167_30685274_3039128_n

DSC04304

Time ni aku dah dapat tengok kedudukan aku time konvokesyen. :-) memang berbunga riang lar sebab aku dah nak konvo kan…

OKTOBER

Kata hari raya kan..so, dalam bulan ni banyak akan-makanyang ada kat ofice KSM tu. dan aku gembira bersama rakan-rakan PKS ku yang lain

DSCN0807

Kemudian, haruslah bulan ni merupakan bulan konvokesyen aku kan…oh sungguh gembiranya aku. thanks to My Cinta yang sudi terbang dari Sarawak semata-mata untuk konvo aku ni. sayang sama dia!

DSC_0660

DSC_0515

NOVEMBER

Bulan ni…aku kononnya beli domain blog sendiri. tapi under kakak aku. dan belum bayar lagi ketika entry ni ditulis. huhuhu..Selamt tinggal blog lama ku.

  DISEMBER

My Cinta sudah pulang dari SARAWAK…jadi aku dapat cintan cintun dengan dia.

sebelum masuk wayang...

 SELAMAT TAHUN BARU

2010

Sekilas : semoga kita terus bahagia!

 

 

 

 

Posted in cinta, family, friends, info, peristiwa - Tagged 2010, Happy New Year, Kenangan

Invitation to Premiere Screening of Paranormal Activity

Dec31
2009
2 Comments Written by Sekilas

 

huahuahua….dapat jugak invitation dari nuffnang…hahaha…gelak2…guling2..

kenapa? hurm…sebab aku kan baru je join nuffnang tu,pendapatan pun baru dapat dua hinggit agaknya. hahahaha dan baru pes time dapat invitation movie….hikhik..sengal kan…

pastu paling best..akak aku pun dapat jemputan. Dia kata, “dah dua-dua dapat, sapa nak jaga budak2?”

maknanya aku dapat dua..akak aku dua…haa…nak bawa sapakah?

aku memang dah niat sejak awal-awal..kalau dapat nak ajak My Cinta gi skali. tapi tak tahu la dia suke tengok citer ni atau tidak. Dan tak tahu la dia sanggup pegi atau tak. sebab seperti yang kalian dapat tengok, lokasinya di GSC Tropicana City Mall area Damansara nun atau maybe dekat2 ngan PJ…Mau kah si dia?

sama-sama tunggu dan lihat jela nanti ye…

sekilas : berantakan & tidak keruan.

Posted in cinta, me, movie, Nuffnang - Tagged movie, Paranormal Activity

Sunway Pyramid Ice

Dec29
2009
10 Comments Written by Sekilas

first…………thanks Nizaa…….!! i lap u pakai kain bersih taw…hehehe…

Nizaa yang baek hati bagi tiket free untuk bermain ice kat sunway pyramid..hahaha…ice skating ok. even tiket itu dinamakan free..tapi kalau kau datang takde stokin, takde gloves…silalah bayar jugak yer.  disebabkan aku pergi school holiday kan…so ikutkan harga dia Rm21 + RM21 + RM5 + RM8 + RM8 =  RM62. sebab dapat tiket free..kene byr RM21 jer..huhuhu. berikut harga yang dapat ku senaraikan.

glove : Rm8/pair

Stokin : Rm5/pair

locker : RM2 / box (sekali buka je, nak tutup balik pi byr lain)

DAILY
OPERATIONS
ADMISSION FEE
(RM)
OPERATING HOURS
(HOURS)

ICE RESURFACING SCHEDULE
(HOURS) **

Weekday RM 13 0900 – 2000 1200, 1430, 1700 & 2000
Saturday RM 18 0900 – 2200 1200, 1400, 1600, 1800 & 2000
Sunday RM 18 0900 – 2100 1200, 1400, 1600, 1800 & 2000
Public / School Holiday RM 21 0900 – 2200 1200, 1400, 1600, 1800, & 2000

Hari Ahad yang indah itu, aku dan My Cinta dengan bersungguh-sungguh nya nak pi Sunway Pyramid untuk gunakan tiket yang bakal expired pada 31 dis ini. hurm..bila staff situ kate kena charge stokin and gloves, sempat lagi bincang ngan My Cinta. nak main arini or datang hari lain? sebab kalau datang lain kali leh sesiap bawa stokin / gloves kan..tapi dah alang-alang kot! he said, yes! hoyee….

aku pes time main oke seumur hidup ku yang bujang ni. My Cinta dah penah main. so kira dia nampak macam pro la kan pada aku. pada aku la..sebab dia pun goyang-goyang jugak nak jatuh kan.

so mari kita layan gambar lagi…lupa bawa kamera kakak aku. so, kualiti gambar yang ada pada henpon masuk air ku ini sangat HAMPEH.

pahlawan sudah bersedia untuk berperang.

masih lagi buat gaya macho…

pahlawan beraksi bersama puterinya. muaahahaha….

membantu puterinya yang sengal tak tahu nak ikat kasut tu bagi ketat.

aksi

riang

layannnn……..

buat-buat riang…setelah aku jatuh sebanyak 5 kali.

aksi je lebih.

me & MyCinta

sekilas : sakit woo kaki aku…

Posted in cinta, me - Tagged harga ice skating, Ice Skating, My Cinta, Sunway Pyramid Ice

Lagi cerita hujung minggu yang lalu

Dec29
2009
2 Comments Written by Sekilas

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua….sehat tak? baguih…kalau tak sehat, pi jumpa doktor, suh dia peksa apa sakitnya, apa ubatnya?

oke…kalau korang masuk blog aku ni mestila nak taw story mory yang terbaru. tapi ni baru tak baru sangat la. Hari Sabtu yang lalu, aku dan parents aku termasuk anak buah aku yang comel bernama Anis Suffiyah telah pergi kenduri kawen kat Batu Berendam Melaka.

Perjalanan bermula jam 9 pagi dari Pandan Indah menaiki kereta kancil yang dipandu oleh aku sendiri. Sampai Melaka lebih kurang jam 11 pagi kerana kami ada juga berhenti di RnR untuk sarapan pagi. Sampai je Melaka terus nak cari Giant. hahaha…bukan nak gi kenduri kawen terus kan. nak taw sebab apa? sebab seluar ayah aku koyak. huhuhu…dasat la ayah aku ni. jadi kami terpaksa mencari seluar baru untuk dia. takkan nak gi kenduri kawen pakai seluar koyak. koyak kat belakang lak tu…lepas beli tanya kat orang Giant tu, takde lak tempat nak potong seluar. sebab seluar tu labuh kemain. Maka, dengan kuasa yang ada pada aku…aku telah membeli jarum dan benang.

aku menggunakan segala kuasa veto yang ada untuk menjahit bawah seluar tu. ala jahit cincai jer…janji terlipat dan takdelah labuh macam apa je. ayah aku dengan gamble nya telah menukar seluar di dalam kereta. hahahaha…tapi time tu ada kat parking Giant la..apa nama Giant tu eh..Giant Bachang. haa..itula namanya.

Pastu terus ke rumah pengantin. Makan makan..tunggu pengantin bersiap. tema nya hitam putih. nama pengantin…?? hurm…aku pun tak taw..hahaha…boleh tak? aku datang makan jer. tu pun sebab mak aku ajak. kalau tak…jangan harap la.

Selamat Pengantin Baru kak..

kemudian…mak aku teringin sangat nak naik kapal kat sungai tu..huhuhu…kat bandar hilir kot. aku nak gak awa..tapi korang tau la….sekarang ni..cuti sekolah…kebetulan lak aritu pas Krismas lak. hambek kaw…penuh giler kawasan dataran pahlawan tu. nak cari parking dekat sejam baru dapat. Tu pun lepas gi singgah masjid sembahyang dulu. bila dapat parking ko tahu ayah aku kata ape ? “sebenarnya, ayah dah doa dah tadi kat masjid, sebab tu kita dapat parking ni” layan jerr….tapi memang nasib kitorang sgt baek. sebenarnya tengah beratur nak masuk kawasan parking. tapi orang tu tutup parking tu. pastu ader kete nak kuar. kitorang kena undur la sebab dah block keta dia. dah undur..apa lagi..masuk lar terus parking. orang kat depan pun tak dapat2 parking lagi. hehehe…Alhamdulillah.

disebabkan ramai orang, maka tak tercapai hajat mak aku nak gi naik kapal kat sungai. ekceli, aku sendiri tak tahu kapal aper, sungai mana? aku tak pernah pegi pun. kitorang jalan-jalan jer sekitar Dataran Pahlawan tu. so…layan jer ini gambar yer…

ketika ini Anis mengada-ngada taik kuda. nak amek gambar pun takmo.

 

Pasangan kekasih yang dah senior citizen sedang bercinta di Dataran Pahlawan, Melaka

Wa & Anis

Anis : Kenapa kapal terbang ni tak terbang?

 

Anis : Kenapa Keretapi ni tak buka pintu?

Ader satu lagi tempat Anis pergi kat Kereta Lembu. dia takmo amek gamabr kat situ sebab takut. Dia kata : Eii lembu mati. bijak betul budak kecik ni bercakap. geram jer aku. Dalam kereta balik-balik nyanyi lagu Aku bukanlah superman, aku juga bisa nanges. ulang-ulang. tak jemu ke dik oii.. 

lepastu dalam kul 4 petang kami bertolak balik…Jalan sesak tak hengat. Dari Melaka nak kuar higway lalu depan Zoo Melaka tu dah sesak. sampai la ke highway…aku stuck dalam traffic jam tu selama 4 jam. Kul 8 baru aku lepas Seremban. Malah aku sempat call HotFm lagi mengadu kat Suraya tu. hahaha….

okey la..mau rilek2 kejap..ade lagi story nak hudpet….cau cincau 50 sen satu!

sekilas : nak culik je Anis Suffiyah ni duk kat Kolumpo.

Posted in family, me, peristiwa - Tagged Bandar Hilir, Batu berendam, DAtaran Pahlawan, Kenduri, Melaka

orang kata : rezeki jangan ditolak.

Dec28
2009
13 Comments Written by Sekilas

Ini orang kata la…bukan aku kata. aku ikot je apa orang kata. Jadi, bila ada orang offer kat kita sesuatu yang dinamakan rezeki…pada ketika kita memang memerlukannya. Kita jangan sesekali nak menolak yer. jangan..itu perbuatan yang sangat tidak sopan. hahahaha…

Khamis lalu..semua yang memang dah berlalu la aku nak updet sekarang ni. Sebab kerja sudah siap..jadi sila meluat dengan pelbagai entry lepas ni yek. sambung balik – Khamis yang lalu iaitu pada 24 Dis 2009 @ 24/12/2009 (macam best lagi tengok angka kan)…Akud an beberapa orang officemate yang cun dan ensem berada di depan pc masing-masing sekitar jam 12 tengah hari. Tiba-tiba ada seorang staff masuk..”jemput lah ye makan-makan kat luar tu” ….

ahaa….korang baca tak….Makan ye. jemput makan..jemput-jemput..hehehe…so time tu kan waktu lunch. Alkisahnya jimat la duit kitorang pada hari itu daripada terbang ke cafe yang cekik darah tuh.

memula ergi ramai je yang beratur nak amek makanan. so rilek2 jap..baru pi amek makanan dan bawa masuk dalam bilik…santap ramai-ramai. jadi sila layan gambar ini. kepada kawan2 yang balik awal tu…opss..kitorang makankan untuk korang yek..hehehe…nyum3…cedap. bak kata Faizul “ini kalau pi amkan kat cafe ni, mau kene charge RM8” …hahaha….cas ar kalau berani. berlagak siut nopa ni.

Atas : Nopa punye menu.

bawah : Nieda punya menu

akhirnya…pinggan siapakah ini? hahaha…

sekilas : rezeki jangan ditolak..betul tak?

Posted in friends, me - Tagged lunch, makan

Terlambat untuk update pasal Afra & Carefree

Dec28
2009
2 Comments Written by Sekilas

huahuahua….Sorry yer Afra coz lambat update pasal kamu & Carefree.

Al-maklumlah ai ni pemalu orangnya..pemalu sampai lambat sampat kat event itu. oke…pada 16 Dis 2009 – mak aih lambat betul aku nak updet. Ekceli aku nak tunggu gambar dari June. Tapi smpai ke sudah aku tak dapat gamabr tu. so aku guna jela gambar yang ada pada henpon klasik aku tu. huhuhu..kualiti..toksah cakap la..TERBAEK!! hahaha…

Oke…pada 16 Dis lalu..Afra ada mengajak aku untuk menjadi penyokong dia pada event yang dianjurkan oleh Carefree. Dia masuk contest Carefree Queen dan terpilih sebagai 10 finalist. Alhamdulillah…bukan senang tu nak terpilih dalam ramai-ramai jelitawan di Malaysia ini.

Aku emmang berhajat nak pergi..dan akhirnya, aku pergila kan. apadaa…Tapi aku kelewatan pada hari tersebut kerana jalan sesak..kuar lambat sebab baru balik kerja..bayangkan pulak dari Putrajaya balik Pandan dulu then baru aku ke sana. Lokasi : Ishq Restaurant, Crown Plaza. Aku ajak June skali pergi..sebab ingat nak ajak Julie. Julie kat kampung plak. Naseb la kan.

Kata Afra…ada makan-makan. tapi sebab lewat kitorang sampai. nak tengok makan pun dah tak nampak. Tengok Afra je atas stage tuh.  kul 8 malam kot baru kitorang sampai. Hurm…dah abis dah dorangnya aktiviti…sampai-samapi dah nak umum pemenang dah. so, kitorang sempat tengok sapekah pemenang jela. Apa yang Afra buat, tak nampak. SORRY banyak2 yek Afra.

Dapat lah tengok Afra catwalk atas stage tuh…hehehe..comel jerk. Pastu, aku sempatlah bertemu dengan penyokong Afra yang lain seperti Farhana a.k.a alamfana - macam lagi senang nak cam kot. .

Mula-mula nak umumkan pemenang Saguhati. Kiranya kalau nama dorang ni disebut sebagai pemenang saguhati bermakna dorang ni takdelah nak berharap lagi untuk menang hadiah utama malam itu.

Agak cedey sket….mula-mula nama yang disebut adalah nama Afra..huhuu…cian kat AFra..aku nmpak jelas kesedihan yang terpancar diwajahnya. Cewah…yela..kita masuk mestila kita nak menang. tapi aklau tak menang pun janganlah nama kita disebut dulu kan. maybe itu yang mengundang kesedihan di hati Afra. Sabar ye Afra…lenkali leh cuba lagi.

Kemudian dah sebut semua saguhati. Tempat Ketiga pulak….hurm..dapatlah kat Hanis Zulaikha ni.


Then..pemenangnya ialah….err…failed dowh! gua lupa nama minah ni. dan aku malas nak search. boleh tak?? hahahah..sorry yek. gua nak updet ni pun malas. sebab ngantok. tapi sebab banyak lagi entry tertangguh. ku updet jugak. pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 , laptop, barang kemas dan stok Carefree untuk setahun. perghh!! menarik giler kan…

okey….aku memang dok beriya jerit dia yang menang..sebab dia pakai tudung. tapi aku rasa..girls ebelah dia tu maybe lagi oke kot untuk dijadikan pemenang. hehehe..walhal aku tak tengok pun ape yang dorang2 ni buat. terus nak judge je kan. sengal nopa ni…


posing…and posing…

aku bersama Afra…congratulation..saguhati itu memberikan anda duit sebanyak RM1,000…sape nak bagi woooo….!

sekilas : kalau aku la masuk….top 30 pun belum tentu dapat masuk. hahaha…

 

Posted in friends, peristiwa - Tagged Afrayuri, Carefree Queen, contest

Tiba-tiba ada pulak kerja…

Dec28
2009
2 Comments Written by Sekilas

so tak dapat nak updet blog…

tak dapat nak surf tenet…

tak dapat nak mengular…

paling penting..sekarang ni aku tengah mengantok giler…aku tak dapat nak tido.

sekilas : nak tido…ZzZzz

Posted in me, merapu - Tagged kerja, work

Nasha Aziz dah kahwin ke?

Dec24
2009
4 Comments Written by Sekilas

entah…aku pun tak tahu. Tadi tengah layan citer kutub utara kutub selatan kat TV1. koran gpernah dengar tak atau pernah tengok tak citer tu. di ulang tayang sekali lagi. aku suka citer tuh. best..touching..romantik..kesian..seme ada la.
di sebabkan itu, mak aku cakap pasal Nasha Aziz. Aku ingat dia dah kawin dah. tapi aku search-search kat tenet pasal kawin dia..takde la plak. hurm…

kalau korang tau bagitahu la. dia dah kawen ke belum?? huhuhu..eksaited plak nak tahu…sengal tul aku ni….!

sekilas : mak aku ni kalau pasal artis gosip2 leh tahan gak. hahaha…

Posted in info, masyarakat - Tagged Gambar Kahwin Nasha Aziz, Nasha Aziz, Nasha Aziz Kahwin

Disebabkan aku tak mahu kehilangan seorang pembaca…

Dec24
2009
3 Comments Written by Sekilas

aku telah tukar layout aku lagik…boleh tak camtu?? hehehehe….

nanti buatnya ader 10 orang yang komen layout aku tak best…..camne?? adakah aku akan kehilangan semua pembaca-pembaca blog aku ini? oh tidak….pengsan la aku camni.

tapi takpe….aku pun memang sedang ‘sukahati’ menukar-nukar layout ni. so aku layankan ajer permintaan seorang pembaca ni yang suka background aku ni ada warna hitam…

sekarang ada warna hitam. hang suka tak??? kalau suka silalah tinggalkan komen yer….pastu linkkan la blog aku ni kat orang ramai. susah tul aku nak cari pembaca setia ni.

dia kata dia suka lagi blog lama aku http://norfa08.wordpress.com. sampai sekarang dia masih baca blog tu even aku tak updet lagi dah. dia kata blog tu pun dia tak abis katam lagi baca. ceh! itu macam pun ada kan…oke aku paham maybe dia sibuk dan sesekali je duk baca blog aku kan. tapi at least, aku ada pembaca setia juga…thanks to you…and thanks jugalah pada orang-orang lain yang sudi jengah blog aku dan luangkan masa untuk baca.

okeyla…hari ini aku balik awal…mau pulang KL..kuala lumpur..hahaha..macam jauh kan. then..aku ada masa yang sangat baaanyyaakkk… untuk merewang…huhuhu…banyak duit ko nak rewang…sengkek dah ni taw…huhuhu.

oke..cau cincau takmo beli la….tunggu next entry yeah…tunggu jangan tak tunggu.

sekilas : tengah pikir-pikir nak bawa anak buah tengok wayang esok!

Posted in friends, me - Tagged background, layout, Theme

Mari kita sambung tentang angan-angan aku 7 tahun lalu

Dec24
2009
5 Comments Written by Sekilas

ketika aku berangan-angan ingin mengadakan perkahwinan di hotel. pasangan yang kuidamkan ketika itu ialah Azman Shah. Pernah dengan nama itu? tidak…satu petanda yang baik. Jangan ditanya siapa Azman Shah. beliau ialah lelaki misteri yang muncul dalam hidup aku 7 tahun yang lalu dan kemudian hilang secara tiba-tiba.

Misteri kehilangannya tidak dapat aku jawab sehingga kini. Walaupun puas kujejakinya tapi yakinlah bahawa tiada jodoh antara kita. wakakaka…ayat macam hampeh.

Time tu aku sangat selebet…pakai tudung pun senget-senget, tembam tapi sangat aktif bersukan. Lelaki misteri ini mempunyai seorang adik perempuan sebaya aku bernama Ain , dan seorang adik lelaki bernama Azlin yang berusia 12 tahun pada ketika itu. setelah kukira-kira sekarang adik dia berusia 19 tahun yang mungkin berada di mana-mana IPTA/IPTS atau bekerja dengan mana-mana syarikat.

 

Aku masih terbayang-bayang wajah adik lelakinya yang comel itu mempunyai kulit putih melepak kerana mereka ini anak kepada seorang wanita cina yang masuk Islam. korang boleh bayangkan mata-mata dorang ni sepet-sepet belaka.

kalaulah tiba-tiba aku terjumpa dengan lelaki misteri ini, pasti aku akan bagi dia satu penampar laju dan bertanya “Kenapa u tak jadi kawin dengan i dulu. Mana u pegi?? Result SPM i teruk gile sebab u” (baca seperti pompuan gedik seperti dalam filem Pisau Cukur)– owh..giler sadis mendengar ayat-ayat aku yang seterusnya.

Mengapa tiba-tiba aku bicara tentang angan-angan ini dan menyebut tentang lelaki misteri bernama Azman Shah ini..? kerana sekarang aku sedang mengimpikan sebuah perkahwinan di hadapan rumah aku sendiri dengan memikirkan juga bajet-bajet yang perlu disediakan seperti barang hantaran, catering, khemah, baju pengantin, dan segala dekorasi berkaitan perkahwinan.

Waktu usia aku 17 tahun…gile sengal boleh pikir pasal kawen dan tak pikir pasal bajet..dan sekarang langsung kalau boleh takmo pikir pasal kawen sebab terpaksa pikir pasal bajet. Sebab-sebab itu la menjadikan aku semakin lambat kawen. 

apa kaitannya dengan Azman Shah? itu jela kaitannya, aku pernah berangan kawen dengan dia pada usia 17 tahun…dan sekarang kalau dikira-kira usia dia mungkin dah 29 tahun dan sudah mempunyai 3 orang anak atau mungkin lebih. pernah bergelar duda. dan tak tahu sama ada sudah beristeri semula atau pun tidak.

Misteri ape kebendanya kalau aku boleh tahu pasal dia ek…? tapi memang misteri la..sebab aku tak tahu kenapa dia tak jadi kawen dengan aku..ahaks!!

Sekian terima kasih!

Kalau kamu yang baca ini kekasih ku..hehehe…jangan pikir bukan-bukan ar…!! cintaku hanya untukmu..cewah!

sekilas : sedang pikir apa aku nak merepek lagi…giler busan tahap gaban!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in cinta, Kisah-kisah itu, me - Tagged angan-angan, cinta, perkahwinan
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Resepi : Kek Batik
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress