Sebenarnya…ayat yang betul..betapa ramai nya orang pompuan ni naik bas pegi keje..huhuhu. dan betapa ramainya lelaki yang mempunyai kenderaan walaupun motor je yek..atau mungkin sebenarnya ayat yang paling best untuk di gunakan ialah. BETAPA RAMAINYA WANITA DI DUNIA INI. okey, jelas?

tengok-tengok, berapa ramai je orang lelaki?
Korang tengok la sendiri betapa ramainya umat manusia yang digelar wanita/perempuan/ gadis/ anak dara/ mak dara dan yang sewaktu dengannya. Ini baru dekat Parcel D, Putrajaya. Belum lagai tengok kat Parcel E, Parcel C dan kawasan-kawasan sekitar Putrajaya. Belum lagi kau jenguk-jenguk kat KTM Serdang, kat Puduraya, kat KL Sentral, Putra LRT dan stesen-stesn bas lain di KL ni. kat Shah Alam, PJ, Langat…kat Seremban, kat Terengganu, kat Ipoh…ha..mana lagi…
membuktikan kaum hawa ciptaan Allah ini sudah semakin bertambah. Ingatkah kita kata ustaz dan ustazah seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran bahawa wanita itu akan menjadi semakin ramai daripada lelaki. Dan ini adalah tanda-tandanya kita bukannya lama lagi di dunia ini. Dunia ini akan musnah…dan percayalah kita kepada kejadian-kejadian yang bakal berlaku ini…
Eh, dah melalut dah aku ni. macam nak bagi ceramah/syarahan pulak. Sebenarnya aku ni nak mengingatkan diri aku sendiri jer. kalau korang rasa, korang pun tetiba macam mengingatkan diri sendiri..Alhamdulillah. Cewah!
TAPI…akan ada tetapinya di dalam cerita-cerita aku ni. KENAPA kalau aku naik bus metro bernombor 68 tu, penuh je mat-mat Bangla, mat-mat Nepal, Indon, Filipina dan yang seangkatan dengannya. Tensi taw! asik nak kena berhimpit jerk dengan dorang-dorang ni. Memenuhkan bas jer…kalau warga Malaysia tu takpela jugak kan…acceptable jugak lah (tetiba nak speaking plak kan). Pastu kalau wangeeeee….takpe jugak…hahahaha….(ada jugak orang kita yang tak wange..kan kan kan?)
Okey takpela…sebenarnya aku harus menerima hakikatnya, tiap-tiap pagi dan petang, pegi balik kerja..aku kene bersesak dengan ramai orang..kene berebut dengan ramai orang untuk naik bas dan sampai ke destinasi ku.
moral of the story : jangan mengeluh. ngeee….
sekilas : lega dah skit rasa tu…sebab……RAHSIA!







