• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for November, 2009

Daging masak Lada Hitam (black pepper)

Nov30
2009
2 Comments Written by Sekilas

Wah..aku sudah masuk keje la…rasa mengantuknya di kala ini. Camne sambutan raya korang? banyak binatang yang jadi korban? ader yang terlepas lari tak? dalam berita aku tengok banyak je lembu-lembu dan kambing-kambing yang tidak sanggup disembelih. Walau bagaimana pun usaha mereka melarikan diri, akhirnya selamat jugak dibuat kroban ye tak.

Okey..sempena dengan raya korban ni. pasti melambak-lambak daging kat dalam peti ais korang tuh. so, dengan ini aku ingin melampirkan satu resepi yang berasaskan daging. Ha..naiklah darah tinggi macik pacik kat luar tu dok pelahap daging je ari-ari.

Seperti tajuk di atas, maka aku ingin memberitahu apakah bahan dan caranya membuat daging black pepper ni. err..aku tak pernah cuba pun resepi ni. resepi ni pun aku amek daripada, are_Ryouri. Nampak simple je cara nak buat. so maybe korang leh cuba, dan bagitahu aku, sedap tak?  huhuhu…

Bahan-bahan ( 4 – 5 org makan )

* 500gm daging batang pinang
* 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar – lebihkan jika ingin lebih pedas
* 1 biji lada benggala hijau
* 1 biji lada merah
* 3 sb kicap manis
* 2 sb sos tiram
* 1 cawan air
* 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
* 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
* minyak utk menggoreng

cara-cara

1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 – 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin – dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

 So, apa lagi cubala resepi ini..meh aku tepek sket gambar yang are_Ryouri ni dah buat.

sekilas : sakit gusi dan gigi sebab gigit daging banyak sangat. ps: buat post ni pun sebab nak suh k.umi singgah blog aku. ceh! tunggu yer resepi seterusnya.

Posted in info, resepi - Tagged black pepper, daging black pepper, resepi

Kuala Lumpur!! Bersedia untuk Rock n Roll.

Nov29
2009
2 Comments Written by Sekilas

haaa….pernahkah anda menonton drama bersiri Tower 13 dalam slot SERAM di TV3? Jika pernah, maka anda tidak akan pelik dengan title aku kat atas ni. Malah anda juga akan mengenali ustaz rock di dalam ni. bukan rock macam Akhill Hayy tu. ekekeke….

So, sape yang belum tengok agi. pi la tengok yer. Kat laman web TV3.com.my ada segalanya. cewah! promote lagi. kena terima kasih ni kat aku.huhuhu…

Citer ni best la jugak pada aku. pada korang tak tahu la. ade juga aku baca komen-komen kat situ, dorang tak suke cerita ni. ntah pape ntah. tapi oke jer…orang taktengok dari mula, tak paham la kan.

tapi aku bukan nak citer pasal Tower 13 sebenarnya. aku nak citer ader seorang kanak-kanak yang ingin rock n roll bersama maksunye. hahahaha…dah sebut maksu tu, mestila aku orangnya kan.

takmo citer banyak..Kuala Lumpur, bersedia untuk rock n roll….

Ha…rock n roll kan? gamabr ni sebenarnya di ambil waktu akak aku nak anta aku gi keje. Bawa Iskandar sekali, sebab dia tak keje time tu. Nak jadi peneman la anta aku sampai ofis. Bila dia pakai spec tam dia, aku pun kuarkan la spec aku tu..dan kami jadi rock kejap. pakai spec itam pun leh jadi rock ke?

sekilas : budak-budak memang comel, tapi time dia nakal..pergh!

Posted in family, me - Tagged Akhil Hayy, rock n roll, Tower 13 TV3, Ustaz Rock

Layan aje la

Nov28
2009
2 Comments Written by Sekilas

ini lah dia bahana cuti sekolah pabila ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kampung. err…pandan indah pun kategori akmpung kau jugakla kan.

Al kisahnya, my sis (Kak Ida) telah meminta aku menunaikan hasrat hati anak lelaki tunggalnye Ajwad untuk menonton wayang. WAlaupun bekalan ‘duit’ telah di beri tetapi korang bayangkanlah nak tengok 3D dan makan McD. Ceh! mana cukup RM20 …

MAka pagi tadi, aku dengan semangantnya merealisasikan impian anak buah aku tu utk menonton 3D. Aku pi tengok kat cineleisure..macam jauh je kan dari P.Indah. eh, sukati aku la..nak bawa jauh2. Lagipun leh guna kad rich tu..tempat len tak best la..pagi-pagi pun bukan ader kete. aku sampai kedai pun tak buka lagi. Aku tengok Filem A christmas Carol…tettt!! citer ni aku penah tengok time cuti sekolah ‘aku’ dulu…huhuhu…tapi yang ni versi kartun. aku boleh agak je apa yang jadi lepas tu. sebijik la storyline dia. Kering idea ke ape pengarah ni. AKu ingat citer lawak-lawak la..tapi biasa jer. Sebab kau nak tengok sangatkan Ajwad…ha..aku layankan ajer.

Lepas tengok watang…pi makan kat McD plak. tanye-tanye nak makan ape…tak tahu-apa-apa la…hamik jela McChicken yer…Itu je yang mampu setelah duit ku habis kek 3D tuh. RM18 sorang ko…bawah 12 tahun pun takde diskaun ker? nasib baik ader pop corn free sebab guna rich card tu..sempenan besday My CInta. hahaha..sebab kad tu atas nama dia. seb baik gak orang tu tak mintak ic..terus reedem jerk..huhu.


tengok la budak ni..pelahap makan McD..suh makan nasi takmo…!

Lepas makan McD, kitorang jenjalan kat the street tu..ade pokok krismas besar..tapi akut ak teruja ngan pokok tu..aku teruja ngan sentuhan “Edward Scissorhand” kat situ..hehehe. teringat tadi ada iklan utk citer baru arahan TIm Burton “Alice in wonderland” citer tu nampak lebih menarik dari ini. lalala…

so..ape lagi..bergambar la kat situ…ngeeee….sila tatap gambar-gambar di bawah sampai korang muntah…

okey…dah muntah lom?? aku ader satu lagi gambar spesel…
couple of the year!! muahahahaha…

ko tengok budak ni dah sama tinggi ngan aku…ceh!! tu jela sebenarnya aku nak bagitahu….Ajwad ni baru darjah 5 taw…korang jgn slh fhm lak.

okeyla…mak ade bawa sup daging dari surau tu..mau makan jap!! nyum3..jumpa lagik…

sekilas : Isnin ini mau tengok teater..mau ikot?

Posted in family, me, movie - Tagged 3D, anak buah, Christmas Carol, Cineleisure, tim Burton

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Nov26
2009
5 Comments Written by Sekilas

Dengan ini…saya ingin mengumumkan esok raya…hahahaha…

Semoga perjalanan balik kampung kita selamat hendaknya. Aku pun nak balik gak ni…nek Bas  ngan ketapi lagi taw..lalalala

yela…aku tahu kampung aku dekat jer. Nek metro bus ngan Star LRT jer….

Semoga kita dapat meraikan hari raya Aidiladha ini dengan penuh kesyukuran dan penuh rasa pengorbanan di jiwa. Ha…banyak dah ke pengorbanan yang telah ktia lakukan…renung-renungkan…dan selamat beramal…

BALIK KAMPUNG…WOOOOO…BALIK KAMPUNG.

sekilas : cian kat My Cinta…beraya jauh nun di sana.

Posted in me, peristiwa - Tagged Aidiladha.

Baru kejap tadi aku rasa aman jap!

Nov26
2009
Leave a Comment Written by Sekilas

Tadi kejap aku rasa cool…rileks…best..aman…

Tapi tiba-tiba aku rasa tensi macam semalam. apakah perasaan ini?

Sabar Norfa…banyak-banyakkan bersabar yer. Mungkin lepas ni kau akan rasa lega.

Minta lah dijauhkan sifat tak baik macam ni. Aduh!

sekilas : orang tu bahagialah kiranya, sampai tak amik pusing hal yang lain-lain kan.

Posted in me - Tagged Tensi

show your love

Nov25
2009
6 Comments Written by Sekilas

hari ini adalah hari menunjukkan kasih sayang anda…hahaha suak-suka hati je kan. ntah sape-sape ntah isytihar kan macam tu.

Okey, sebenarnya aku nak tepek gambar kat bawah ni untuk tunjukkan rasa sayang aku pada My Cinta..hahaha…

oh laparnya…..boleh la makan sekarang!! hahahaa…..jangan marah eh…!

sekilas : ada apa dengan cinta?

Posted in cinta, me - Tagged hari kasih sayang sedunia, My Cinta

Betapa ramainya wanita yang berkerjaya di sektor awam / kerajaan

Nov25
2009
Leave a Comment Written by Sekilas

Sebenarnya…ayat yang betul..betapa ramai nya orang pompuan ni naik bas pegi keje..huhuhu. dan betapa ramainya lelaki yang mempunyai kenderaan walaupun motor je yek..atau mungkin sebenarnya ayat yang paling best untuk di gunakan ialah. BETAPA RAMAINYA WANITA DI DUNIA INI. okey, jelas?

 


 tengok-tengok, berapa ramai je orang lelaki?

Korang tengok la sendiri betapa ramainya umat manusia yang digelar wanita/perempuan/ gadis/ anak dara/ mak dara dan yang sewaktu dengannya. Ini baru dekat Parcel D, Putrajaya. Belum lagai tengok kat Parcel E, Parcel C dan kawasan-kawasan sekitar Putrajaya. Belum lagi kau jenguk-jenguk kat KTM Serdang, kat Puduraya, kat KL Sentral, Putra LRT dan stesen-stesn bas lain di KL ni. kat Shah Alam, PJ, Langat…kat Seremban, kat Terengganu, kat Ipoh…ha..mana lagi…

membuktikan kaum hawa ciptaan Allah ini sudah semakin bertambah. Ingatkah kita kata ustaz dan ustazah seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran bahawa wanita itu akan menjadi semakin ramai daripada lelaki. Dan ini adalah tanda-tandanya kita bukannya lama lagi di dunia ini. Dunia ini akan musnah…dan percayalah kita kepada kejadian-kejadian yang bakal berlaku ini…

Eh, dah melalut dah aku ni. macam nak bagi ceramah/syarahan pulak. Sebenarnya aku ni nak mengingatkan diri aku sendiri jer. kalau korang rasa, korang pun tetiba macam mengingatkan diri sendiri..Alhamdulillah. Cewah!

TAPI…akan ada tetapinya di dalam cerita-cerita aku ni. KENAPA kalau aku naik bus metro bernombor 68 tu, penuh je mat-mat Bangla, mat-mat Nepal, Indon, Filipina dan yang seangkatan dengannya. Tensi taw! asik nak kena berhimpit jerk dengan dorang-dorang ni. Memenuhkan bas jer…kalau warga Malaysia tu takpela jugak kan…acceptable jugak lah (tetiba nak speaking plak kan). Pastu kalau wangeeeee….takpe jugak…hahahaha….(ada jugak orang kita yang tak wange..kan kan kan?)

Okey takpela…sebenarnya aku harus menerima hakikatnya, tiap-tiap pagi dan petang, pegi balik kerja..aku kene bersesak dengan ramai orang..kene berebut dengan ramai orang untuk naik bas dan sampai ke destinasi ku.

moral of the story : jangan mengeluh. ngeee….

sekilas : lega dah skit rasa tu…sebab……RAHSIA!

Posted in masyarakat, me - Tagged lelaki, Parcel D, Putrajaya, wanita, Wanita lebih ramai dari lelaki

Selamat Datang!

Nov25
2009
7 Comments Written by Sekilas

Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blogku yang baru ini. Masih lagi dalam pembikinan. cewah! macam nak buat filem plak. Aku mohon jasa baik pembaca sekalian untuk meninggalkan komen dan jejak di sini agar kita dapat berkenalan antara satu sama lain. Mungkin juga bertukar pendapat dan memberikan tunjuk ajar buat aku yang baru menceburkan diri dalam dunia blogging ni..huhuu…baru ni. Budak baru belajar lagi.

So, sekiranya ada apa-apa yang tak betul…tak k+ena dengan blog ni. tersalah cakap terkasar kata dalam penulisan aku…mintak maap la banyak-banyak yer. sebab kebanyakkan tulisan aku ni berdasarkan emosi semasa, hahaha…

 

anyway..thanks!

 

Posted in Uncategorized

tolonglah…

Nov25
2009
2 Comments Written by Sekilas

Sebenarnya, aku rasa tensen jer! ntah lar tensen sebab ape…

kerja bukan ade pun kat opis ni. takdela sibuk sampai nak rasa tensen kan. tapi, perasaan tu wujud jugak. bukan lah aku ni nak kata dengki ke apa…tapi ada la manusia-manusia yang buat aku rasa tensen. Rasa tak baik la pulak ada perasaan macam ni. tapi, entah. tiba-tiba rasa rimas dan menyampah!

So. tak boleh la aku nyatakan kat sini kenapa aku rasa tensen. Cuma tak tahu nak luah kat sape je. Siyes, aku takdelah nak kata dengki atau cemburu. Tapi ….payah la nak cakap. Bukan aku minta-minta pun nak rasa macam ni. Aku pulak yang tak tentu arah kat sini. Tak senang duduk…rasa semacam jer.

Apa punya prasaan la ni. kalau boleh nak suh buang jauh2 rasa macam ni. tak elok taw..Syaitan ni selalu je menghasut hamba-hamba Allah agar berprasangka dan dengki. Tak tenang la kalau ada rasa macam ni.

Ya Allah…janganlah di biarkan rasa jahat dalam hati ni. Amin..

sekilas : cuba berfikiran positif.

Posted in me - Tagged perasaan

aku siyes ni

Nov24
2009
1 Comment Written by Sekilas

Hari ini abang ipar aku MC sebab sakit mata. So, aku naik kereta berdua ngan akak aku. Aku sendiri yang pandu kereta tu. Sampai kat MINLON, aku turun. Aku naik tangga sambil berlari. Ade  anjing kejar aku. Time tu dah pukul 7.15 pagi. Lewat pulak rasanya sebab akak aku keluar lambat dari ofis. Aku tunggu bas sorang-sorang kat situ. Pastu ada sorang lelaki hensem berdiri sebelah aku pulak. Lepas tu bas sampai, aku naik dan aku berdiri sebelah konduktor bus. Aku sampai Parcel E aku turun pastu. bas tu pegi Parcel D,  aku lari sampai office. Time tu hujan. Aku buka payung. Tiba-tiba payung aku terbang sebab angin sangat sejuk time tu. Aku ikut jalan yang ader air. Aku lalu jalan jauh. tekan lif. lif pulak rosak. Pastu aku naik. sampai tingkat 6 lift tu berhenti. aku tak keluar sebab aku tunggu orang lain keluar dulu. sampai kat punch card…aku punch. punch aku warna merah. aku masuk tanpa buka pintu. Aku masuk je terus makan. Aku terus buka PC. aku duduk dan termenung. Lepas tu aku balik rumah!

korang percaya tak cerita aku ni? penat aku taip tau. okeylah..aku mengaku aku tipu. kalau korang rasa aku tipu korang, dalam ayat yang aku taip kat atas ni..yang mana satu aku tipu…sila taip semula ayat yang aku tipu SAHAJA kat komen k…hehehe…

cepat cakap!! sapa betul ader hadiah misteri..muahahaha….

 

sekilas : ape hadiah yek nak bagi kat korang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me, merapu - Tagged cerita aku
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress